Ketika sekumpulan kenderaan tentera bersedia untuk bertolak, seorang anggota pasukan tentera laut yang muda mengetuk tingkap kenderaan pemimpin pasukannya dengan segera. Dengan jengkel, sarjan itu menurunkan tingkapnya. “Apa?” “Anda terlupa melakukan perkara itu,” kata anggota tentera itu. “Perkara apa?” tanya sarjan itu. “Perkara yang anda harus lakukan,” jawab anggota tentera tersebut.

Kemudian sarjan itu baru tersedar. Dia sentiasa berdoa untuk keselamatan pasukan ini, tetapi kali ini dia terlupa untuk berdoa. Jadi dia dengan taat memanjat keluar dari kereta kebal dan berdoa untuk semua anggota tentera lautnya. Anggota tentera itu memahami betapa pentingnya bagi pemimpin yang berdoa.

Pada zaman Yehuda purba, Abiam bukan seorang raja yang hebat. 1 Raja-Raja 15:3 memberitahu kita, “Seperti ayahandanya, Raja Abiam juga berdosa dan tidak taat kepada TUHAN, Allahnya.” Tetapi ketika dia bersedia untuk berperang melawan tentera Israel yang berjumlah sekali ganda lebih daripada tenteranya, Abiam tahu bahawa ada ramai orang lagi dalam kerajaan Yehuda masih menyembah Tuhan dengan setia (2 Tawarikh 13:10-12), manakala sepuluh suku Israel yang lain telah menghalau imam-imam Tuhan dan menyembah berhala (ayat 8-9). Maka Abiam bersandar dengan yakin kepada Tuhan yang Maha Esa.

Walaupun ketidaktaatan Abiam terhadap Tuhan telah menyebabkan kerosakan besar kepada negaranya. Tetapi dia tahu siapa yang dia harus meminta pertolongan sewaktu menghadapi krisis, dan akhirnya tenteranya mendapat kemenangan, “kerana orang Yehuda bergantung kepada TUHAN, Allah nenek moyang mereka” (ayat 18). Tuhan kita berkenan kepada sesiapa yang datang dan bergantung kepada-Nya.