Api merupakan musuh terbesar pokok. Tetapi ia juga boleh membantu. Pakar berkata bahawa api kecil, biasanya dipanggil api “sejuk” berfungsi untuk membersihkan daun dan ranting kering di hutan tanpa memusnahkan pokok. Dengan abu yang tertinggal, kawasan seperti itu kini sesuai bagi pertumbuhan benih. Ini cukup menghairankan bahawa api yang kecil diperlukan untuk pertumbuhan pokok yang sihat.
Demikian juga, cubaan—digambarkan sebagai api dalam Alkitab—turut diperlukan untuk kesihatan dan pertumbuhan kita dari segi kerohanian (1 Petrus 1:7; 4:12). Yakobus menulis, “Saudara-saudaraku! Anggaplah diri kamu berbahagia apabila mengalami bermacam-macam cubaan, kerana kamu tahu bahawa semasa kamu mengalami cubaan, dan masih tetap percaya kepada Kristus, kamu sudah membuktikan bahawa kamu tabah menanggung penderitaan. Pastikan supaya ketabahan kamu untuk menanggung penderitaan itu berterusan, sehingga kamu menjadi benar-benar sempurna dan tidak kekurangan sesuatu pun” (Yakobus 1:2-4).
Rancangan Tuhan biasanya terjadi pada musim cubaan, kerana itulah keadaan yang sesuai untuk kita bertumbuh menjadi matang secara rohani. Pertumbuhan ini bukan sahaja melengkapi kita untuk kehidupan, malahan ia memampukan kita lebih menonjolkan Yesus kepada dunia yang sangat memerlukan Dia.
Dalam tangan Bapa kita, cubaan boleh mencapai matlamat-Nya demi kebaikan kita dan kemuliaan-Nya. Cubaan dapat membentuk kita supaya menyerupai Anak-Nya.
Dorongkanlah orang lain! Sila layari https://www.facebook.com/pedoman.harian/ dan kongsikan apa yang Tuhan boleh mengajar anda melalui masa yang mencabar.