Kecuaian semasa memandu, kemarahan dan penggunaan bahasa kesat di kalangan pemandu teksi dan bas mini merupakan punca utama bagi pergaduhan jalan raya yang berterusan di bandar kami, Accra, Ghana. Akan tetapi, satu kejadian lalu lintas yang pernah saya saksikan mempunyai hasil yang amat berbeza. Sebuah bas hampir dilanggar oleh sebuah teksi yang dipandu oleh seorang pemandu yang cuai. Saya menyangka bahawa pemandu bas tersebut akan menjadi marah dan berteriak pada pemandu teksi tersebut, tetapi tidak. Sebaliknya, pemandu bas tersebut menenangkan wajahnya yang tegang dan tersenyum lebar pada pemandu teksi yang berasa bersalah itu. Senyuman itu telah membawa keajaiban. Sambil mengangkat tangannya, pemandu teksi tersebut memohon maaf, membalas dengan senyuman dan beredar—ketegangan dileraikan.

Senyuman mempunyai kesan yang besar terhadap bahan kimia dalam otak kita. Para pengkaji telah menemui bahawa “ketika kita senyum, ia akan merenjiskan bahan kimia pada otak yang dipanggil endorfin yang menghasilkan tindakan relaks psikologi sebenar.” Senyuman bukan sahaja boleh meleraikan keadaan tegang, tetapi ia juga dapat menghilangkan ketegangan dalam diri kita. Emosi kita memberikan kesan kepada diri kita dan orang lain. Alkitab mengajar kita agar “Janganlah berdengki, geram, dan marah. Jangan lagi bertengkar dan memfitnah orang. Jangan lagi benci sesiapa pun. Sebaliknya, hendaklah kamu baik hati, saling berbelas kasihan (Efesus 4:31–32).

Apabila kemarahan dan kepahitan mengancam hubungan kita dengan Tuhan dan orang lain, ingatlah “hati yang gembira adalah ubat yang menyihatkan badan” untuk kebahagiaan dan kesejahteraan kita.