Malam penayangan filem yang telah banyak kali didoakan di kelab belia gereja akhirnya tiba. Poster-poster telah pun dilekatkan di seluruh kampung, piza juga sudah disiapkan. Steve, pastor bagi kelab belia tersebut berharap agar filem itu—yang mengisahkan ahli-ahli kumpulan samseng di New York telah menemui Yesus melalui seorang pastor muda—akan memimpin kawan-kawan baru menyertai kelab belia tersebut.
Tetapi tanpa disedarinya, pada petang itu perlawanan bola sepak Amerika akan ditayangkan di televisyen, maka jumlah kehadiran adalah jauh lebih kurang daripada yang diharapkannya. Ketika dia mengeluh, malah dia hampir hendak memadamkan lampu dan mula memasang filem itu, lima orang ahli kelab motosikal yang berjaket kulit masuk. Wajah Steve berubah pucat kerana ketakutan.
Ketua kumpulan yang dikenali sebagai TDog itu, mengangguk ke arah Steve. “Ini adalah percuma dan untuk semua orang, bukan?” katanya. Steve menjawab, “Hanya untuk persatuan belia sahaja” ketika TDog membongkok dan mengambil seutas gelang tangan yang di atasnya terukir tulisan “Apa Yang Akan Yesus Lakukan” dari lantai. Dia bertanya, “Ini milik anda?” Steve mengangguk dengan perasaan malu, dan menunggu sementara tetamu baru itu mendapatkan tempat duduk.
Adakah anda pernah berada dalam situasi seperti Steve? Anda ingin sekali untuk berkongsi berita baik tentang Yesus, tetapi dalam fikiran anda, siapakah “orang yang sepatutnya” mendengar berita baik? Sering kali Yesus dikritik oleh para ahli Taurat kerana Dia bergaul dengan orang yang dianggap berdosa oleh mereka. Tetapi Dia mengalu-alukan setiap orang yang dipinggirkan, sebab Dia tahu bahawa mereka amat memerlukan-Nya (Lukas 5:31-32).
akan terbuka kepada orang yang dikasihi-Nya.