Anak lelaki saya gemar membaca buku. Jika dia membaca jumlah buku lebih daripada yang ditentukan oleh pihak sekolah, maka dia akan menerima anugerah dalam bentuk sijil. Galakan yang kecil itu memotivasikannya untuk terus berusaha.
Ketika Paulus menulis surat kepada jemaah Tesalonika, dia memotivasikan mereka bukan dalam bentuk anugerah tetapi dengan kata-kata galakan. Dia berkata, “Saudara-saudaraku, kami telah memberikan teladan kepada kamu tentang cara hidup yang menyenangkan hati Allah. Aku tahu bahawa memang demikianlah cara kamu hidup. Tetapi sekarang demi nama Tuhan Yesus, kami meminta dan menggesa kamu supaya berbuat lebih daripada hal itu” (1 Tesalonika 4:1). Orang Kristian tersebut menyenangkan hati Tuhan melalui cara kehidupan mereka, dan Paulus mendorong mereka terus menjalani kehidupan yang menyenangkan hati-Nya dengan sebaik mungkin.
Mungkin pada hari ini, anda dan saya sedang memberi serta melakukan yang terbaik untuk mengenal dan mengasihi Bapa kita. Marilah kita menyahut kata-kata Paulus sebagai satu dorongan untuk meneruskan iman kita.
Mari kita maju selangkah lagi. Siapakah yang akan digalakkan dengan kata-kata Paulus pada hari ini? Adakah kita teringat akan seseorang, yang juga tekun dalam mengikuti Tuhan dan berusaha untuk menyenangkan Dia? Tuliskan satu nota atau menelefon orang itu, dan menggalakkan dia terus beriman dalam Tuhan. Mungkin apa yang anda katakan merupakan dorongan yang diperlukan oleh orang itu, untuk tetap mengikuti Yesus serta melayani-Nya.
agar dia terus hidup bagi Tuhan.