Ketika saya bertanya kepada seorang saudari yang telah hampir bersara, tentang hal yang dia berasa takut dalam kehidupan yang seterusnya, dia menjawab, “Saya ingin memastikan bahawa saya tidak akan kehabisan wang”. Pada hari berikutnya, ketika saya bercakap kepada kaunselor kewangan saya, dia menasihatkan saya cara untuk mengelakkan diri daripada kehabisan duit. Kita semua memang menginginkan jaminan bahawa kita akan mempunyai sumber pendapatan yang diperlukan untuk kehidupan seterusnya.

Tidak ada perancangan kewangan di dunia ini yang boleh menyediakan satu jaminan mutlak. Namun ada satu rancangan yang berterusan jauh melebihi kehidupan ini dan tidak terbatas sehingga ke masa hadapan. Rasul Paulus menghuraikannya seperti ini: “Marilah kita bersyukur kepada Allah, Bapa Tuhan kita Yesus Kristus! Kerana Dia sangat mengasihani kita, Dia mengurniai kita hidup yang baru, dengan membangkitkan Yesus Kristus daripada kematian. Hal ini memberikan harapan yang kukuh kepada kita. Oleh itu, kita berharap untuk memiliki berkat-berkat yang disediakan oleh Allah bagi umat-Nya. Berkat-berkat itu disimpan-Nya di syurga, supaya tidak dapat rosak, reput, ataupun musnah” (1 Petrus 1:3-4).

Apabila kita percaya bahawa Yesus mengampunkan dosa kita, kita menerima warisan yang kekal melalui kuasa Tuhan. Oleh sebab warisan ini, kita akan hidup selamanya dan tidak akan kehabisan segala yang kita perlukan.

Perancangan bagi masa bersara merupakan suatu idea yang baik jika kita boleh melakukannya. Akan tetapi, perkara yang lebih utama adalah memiliki warisan kekal yang tidak pernah kehabisan. Kita hanya boleh memilikinya dengan percaya kepada Kristus Yesus.