Month: November 2016

10 Alasan Untuk Mempercayai Kewujudan Tuhan

1) Iman Yang Pasti Ada.
Setiap orang mempercayai sesuatu. Tiada sesiapa boleh menanggung tekanan dan keperluan hidup tanpa beriman kepada sesuatu, walaupun iman ini tidak dapat dibuktikan secara nyata. Orang ateis tidak boleh membuktikan ketiadaan Tuhan. Penganut panteisme tidak boleh membuktikan bahawa segala sesuatu itu Tuhan. Penganut pragmatisme tidak boleh membuktikan bahawa rancangan mereka pada hari ini pasti tercapai pada hari…

10 Alasan Untuk Mempercayai Tuhan Menjadi Manusia

1) Anak Dara Mengandung.
Jika Maria bercakap benar, maka bayinya tidak mempunyai bapa manusia. Dia berkata bahawa seorang malaikat menampakkan dirinya dan memberitahu bahawa dia akan mengandung kerana Roh Tuhan. Kemudian malaikat berkata bahawa anak ini, yang dinamakan Yesus, ialah Anak Tuhan. Jika Maria berbohong, maka malam kelahiran Yesus hanya satu malam yang biasa, dan ada cerita lain di sebalik Maria…

10 Alasan Untuk Mempercayai Alkitab

1) Kejujurannya.
Alkitab sungguh jujur. Alkitab memperlihatkan Yakub, bapa daripada “bangsa terpilih,” sebagai seorang penipu. Alkitab juga menggambarkan Musa, pemberi hukum Taurat, sebagai seorang pemimpin yang ragu-ragu dan keras kepala. Malah dalam usaha pertamanya untuk menolong bangsanya sendiri, dia membunuh seorang lelaki kemudian melarikan diri ke padang gurun. Alkitab bukan hanya menggambarkan Daud sebagai raja yang paling disukai, serta seorang panglima…

Petanda Dan Perasaan

Semakin umur Yohanes, murid yang disayangi Yesus melanjut, ajarannya menjadi semakin pendek, dan berfokuskan kasih Tuhan dalam ketiga-tiga suratnya. Dalam bukunya Knowing the Truth of God’s Love (Mengenal Kebenaran tentang Kasih Tuhan), Peter Kreeft memetik suatu legenda yang mengisahkan bahawa salah seorang murid muda Yohanes datang kepadanya dengan keluhan, “Mengapakah anda tidak bercakap tentang perkara lain? Yohanes menjawab, “Kerana tidak ada perkara lain untuk dikatakan.”

Langsung Tidak Tahu

Saya berumur 18 tahun apabila saya mula mendapat kerja penuh masa, dan saya belajar satu perkara yang penting, iaitu disiplin menyimpan duit. Saya bekerja dan menabung duit sehingga ia cukup untuk perbelanjaan sekolah selama satu tahun. Kemudian ibu saya menjalani pembedahan kecemasan, dan saya menyedari bahawa saya mempunyai duit dalam bank untuk membiayai pembedahan itu.

Pendakian yang Sukar

Apabila kawan-kawan Charlotte mengatakan sesuatu yang tidak waras atau tidak masuk akal di laman sosial, dia menyampuk dengan lembut walaupun dia tidak menyetujui mereka. Dia menghormati martabat semua orang, dan kata-katanya selalu bersifat positif.