Tiga ekor haiwan pemangsa besar yang bergesek dekat-dekat dan bermain bersama bukanlah satu perkara yang biasa. Namun hal ini benar-benar berlaku pada setiap hari di pusat perlindungan haiwan di Georgia. Pada tahun 2001, selepas berbulan-bulan lamanya dalam keadaan terbiar dan diseksa, seekor singa, seekor harimau Benggala dan seekor beruang hitam telah diselamatkan oleh Perlindungan Haiwan Noah’s Ark. “Kami sepatutnya memisahkan mereka” kata pembantu pengarah. “Namun, memandangkan sebelum ini ketiga-tiga haiwan ini adalah sangat rapat seperti satu keluarga, maka kami memutuskan untuk menempatkan ketiga-tiganya bersama.” Tiga haiwan ini saling menghibur sepanjang penyeksaan. Walaupun terdapat perbezaan, ketiga-tiganya dapat hidup bersama dengan aman.
Kesatuan merupakan perkara yang indah. Namun kesatuan yang ditulis oleh Paulus dalam suratnya kepada jemaah di Efesus adalah unik. Paulus menggalakkan jemaah di Efesus supaya hidup menurut panggilan mereka sebagai anggota dalam satu tubuh Kristus (Efesus 4:4-5). Dengan kuasa Roh Kudus, mereka boleh hidup dalam kesatuan sementara mereka bersikap rendah hati, lemah-lembut dan sabar. Sikap-sikap ini juga membolehkan kita “saling membantu” dalam kasih melalui persamaan yang kita miliki dalam Kristus Yesus (4:2).
Meskipun terdapat perbezaan, namun sebagai anggota keluarga Tuhan, kita telah didamaikan dengan-Nya melalui kematian Penyelamat kita, serta didamaikan dengan satu sama lain melalui Roh Kudus yang sedang bekerja dalam hidup kita.
kerana kita disatukan dalam Roh Tuhan.