Kita melayani Tuhan yang mengasihi kita lebih daripada pekerjaan kita.
Ya, memang betul bahawa Tuhan menginginkan kita bekerja untuk menyara keluarga kita dan bertanggungjawab menjaga bumi yang telah diciptakan-Nya. Dia juga mengharapkan kita membantu orang susah yang sakit, kebuluran, dahaga dan tidak memiliki pakaian, orang yang hidup dalam kehancuran di sekeliling kita serta membawa mereka menerima pimpinan Roh Tuhan dalam hidup mereka.
Namun kita melayani Tuhan yang mengasihi kita lebih daripada pekerjaan kita.
Kita mesti ingat bahawa akan tiba masanya kesihatan kita atau bencana yang tidak terduga akan menghalang kita “melakukan pekerjaan untuk Tuhan”. Pada masa-masa sebegitulah Tuhan menghendaki kita mengetahui bahawa Dia mengasihi kita seadanya sebagai anak-anak-Nya, bukan kerana apa yang telah kita lakukan untuk Dia. Selagi kita bergantung kepada penyelamatan dalam nama Yesus, tidak ada sesuatu pun—“baik kesusahan, kesukaran, penganiayaan, kelaparan, kemiskinan, bahaya mahupun kematian”—yang dapat “menghalang Allah mengasihi kita, seperti yang sudah ditunjukkan-Nya melalui Kristus Yesus, Tuhan kita (Roma 8:35, 39).
Apabila kita tidak dapat lagi melakukan apa yang kita boleh lakukan, Tuhan hanya menginginkan kita berehat seperti seadanya kita dalam Dia.
baik kerja atau hasil kerja kami tidak kelihatan.