Ini Mudah Sahaja
Dalam sebuah artikel surat khabar Washington Post yang bertajuk “Projek Terbaru Pakar Teknologi Yang Berwibawa: Menentang Kematian,” penulis Ariana Cha melaporkan usaha Peter Thiele dan pakar-pakar teknologi lain yang berpengaruh untuk memanjangkan hayat manusia sehingga kekal. Mereka bersedia untuk memperuntukkan berbilion-bilion dolar Amerika Syarikat untuk projek tersebut.
Cincin Magik
Ahli falsafah Yunani yang bernama Plato (427–348 sm) menemui suatu kaedah imaginatif untuk menjelaskan bahagian jahat dalam hati manusia. Dia menceritakan kisah seorang gembala yang secara tidak sengaja menemukan sebentuk cincin emas yang telah ditanam dalam tanah. Pada suatu hari, satu gempa bumi telah mendedahkan sebuah kubur purbakala di lereng bukit, dan menampakkan cincin itu kepada gembala tersebut. Secara tidak sengaja, dia juga mendapati bahawa cincin itu mempunyai kebolehan magik untuk menjadikan si pemakai cincin itu tidak kelihatan menurut keinginan hatinya. Sementara berfikir tentang kebolehan yang tidak dapat dilihat oleh orang, Plato mengajukan soalan ini: Jika orang tidak risau ditangkap dan dijatuhi hukuman, adakah mereka akan menahan diri daripada melakukan kesalahan?
Kebenaran Masuk Sepenuhnya
Beberapa tahun yang lalu, seorang kawan menjemput saya menonton satu pertandingan kejohanan golf profesional bersama dia. Sebagai orang yang pertama kali menghadiri acara sebegitu, saya langsung tidak tahu apa yang harus diharapkan. Apabila kami sampai di situ, saya terkejut kerana dapat menerima hadiah, maklumat dan peta padang golf itu. Tetapi yang paling menarik adalah semasa kami dapat masuk ke dalam khemah VIP (orang kenamaan). Di situ kami mendapat makanan percuma dan tempat duduk. Sebenarnya, saya secara sendirian tidak mungkin dapat masuk ke dalam khemah yang menyediakan layanan baik seperti itu. Kuncinya adalah kawan saya; melalui dia barulah saya mendapat kebenaran masuk sepenuhnya.
Sepenuh Hati!
Kaleb adalah seorang yang “sepenuh hati”. Dia dan Yosua menjadi pengintip bersama 10 orang yang lain. Mereka menjelajah Tanah Perjanjian dan memberikan laporan kepada Musa dan orang Israel. Kaleb berkata, “Kita harus melancarkan serangan dan merebut tanah itu sekarang juga. Kita cukup kuat untuk menaklukkannya” (Bilangan 13:30). Tetapi 10 ahli kumpulan itu berkata bahawa mereka tidak mungkin berjaya. Walaupun Tuhan sudah menjanjikan kemenangan mereka, mereka hanya melihat halangan (ayat 31–33).