Di sekitar kejiranan kami, dinding konkrit yang tinggi mengelilingi setiap perumahan. Kebanyakan dinding ini dipertingkatkan dengan memasang kawat elektrik yang berduri di bahagian atas. Tujuannya? Untuk mengelakkan perompak.
Keputusan tenaga elektrik yang kerap berlaku juga menjadi masalah dalam masyarakat kita. Ini menyebabkan loceng pintu depan tidak dapat berbunyi. Oleh sebab dinding itu, seseorang pelawat mungkin ditinggalkan di luar di bawah cahaya matahari yang terik atau hujan lebat semasa gangguan elektrik berlaku. Akan tetapi, walaupun loceng pintu pagar dapat berfungsi dengan baik, kebenaran masuk para pelawat masih bergantung kepada identiti mereka. Dinding pagar kami digunakan untuk tujuan yang baik, namun ia juga boleh menjadi dinding diskriminasi—walaupun pelawat itu jelas bukan penceroboh.
Wanita Samaria yang bertemu dengan Yesus di perigi mempunyai kesulitan yang sama disebabkan oleh diskriminasi. Orang Yahudi tidak bergaul dengan orang Samaria. Apabila Yesus meminta minum daripada wanita Samaria itu, dia berkata, “Bagaimana Tuan seorang Yahudi meminta minum daripadaku, seorang perempuan Samaria?” (Yohanes 4:9). Namun pada saat dia mula mendedahkan dirinya dengan jujur kepada Yesus, dia telah mengalami satu perubahan dalam kehidupannya, pengalaman yang telah mempengaruhi dia dan jirannya secara positif (ayat 39-42). Yesus menjadi jambatan yang merobohkan dinding permusuhan dan pilih kasih.
Godaan yang mendiskriminasikan orang memang wujud, dan kita perlu peka dan mengelakkannya daripada kehidupan kita. Seperti yang ditunjukkan oleh Yesus kepada kita, kita boleh menghulurkan bantuan kepada semua orang tanpa mengira suku bangsa, pangkat, atau reputasi. Dia datang untuk membina jambatan.