Harapan Dalam Kegelapan
Menurut legenda, Qu Yuan adalah seorang pegawai kerajaan Cina yang bijak dan patriotik, yang hidup pada masa yang dikenal sebagai zaman Negeri-negeri Berperang (475-246 SM). Kisah ini mengatakan bahawa Qu Yuan cuba berulang kali untuk mengingatkan raja tentang satu ancaman yang akan segera menghancurkan negara itu, tetapi rajanya menolak nasihatnya. Akhirnya, Qu Yuan dibuang negeri. Apabila dia mengetahui tentang kejatuhan negara tercintanya ke dalam tangan musuh seperti amaran yang diberikannya, dia mengakhiri nyawanya.
Bersetuju untuk Tidak Bersetuju
Saya teringat akan ayah saya pernah bercakap tentang betapa sukarnya untuk meninggalkan pertengkaran-pertengkaran yang tidak berakhir mengenai tafsiran Alkitab yang berbeza. Sebaliknya, dia mengingat betapa baiknya apabila kedua-dua pihak mengamalkan sikap yang “bersetuju untuk tidak bersetuju” dengan sesuatu pandangan.
Selalu Bersyukur
Keletihan selama bertahun-tahun yang disebabkan oleh kesakitan teruk tubuh saya, dan kehampaan dengan pergerakan saya yang terhad akhirnya telah menghancurkan jiwa saya. Dengan perasaan yang tidak berpuas hati, saya menjadi orang yang menuntut permintaan secara keras dan tidak bersyukur. Saya mula mengadu tentang kemahiran penjagaan suami saya. Saya cerewet tentang cara dia membersihkan rumah. Walaupun dia adalah tukang masak terbaik yang saya kenali, saya berbuat kecoh agar pelbagai makanan lain akan dihidangkan. Apabila dia akhirnya berkongsi bahawa rungutan saya melukai perasaannya, saya berasa marah. Dia tidak tahu apa yang saya alami. Akhirnya, Tuhan membantu saya melihat kesalahan saya, dan saya meminta pengampunan suami saya dan Tuhan .
Cara Engkau, Bukan Cara Saya
Hati Kamil dan Joelle menjadi hancur apabila Rima, anak perempuan mereka yang berusia lapan tahun dikesan menghidapi sejenis leukemia yang luar biasa. Penyakit ini mengakibatkannya terkena meningitis dan strok, dan Rima terus jatuh koma. Pasukan perubatan hospital itu menasihati ibu bapanya agar membuat persediaan untuk pengebumian Rima, memandangkan peluang untuk terus hidup adalah kurang daripada satu peratus.