Keletihan selama bertahun-tahun yang disebabkan oleh kesakitan teruk tubuh saya, dan kehampaan dengan pergerakan saya yang terhad akhirnya telah menghancurkan jiwa saya. Dengan perasaan yang tidak berpuas hati, saya menjadi orang yang menuntut permintaan secara keras dan tidak bersyukur. Saya mula mengadu tentang kemahiran penjagaan suami saya. Saya cerewet tentang cara dia membersihkan rumah. Walaupun dia adalah tukang masak terbaik yang saya kenali, saya berbuat kecoh agar pelbagai makanan lain akan dihidangkan. Apabila dia akhirnya berkongsi bahawa rungutan saya melukai perasaannya, saya berasa marah. Dia tidak tahu apa yang saya alami. Akhirnya, Tuhan membantu saya melihat kesalahan saya, dan saya meminta pengampunan suami saya dan Tuhan.

Hasrat untuk keadaan yang berbeza boleh menyebabkan pengaduan, dan keegoan akan membentuk hubungan yang —rosak. Orang Israel telah biasa dengan dilema ini. Mereka tidak pernah berpuas hati dan selalu mengadu tentang peruntukan Tuhan (Keluaran 17:1-3). Walaupun Tuhan memerhatikan umat-Nya di padang gurun dengan menghantarkan mereka “roti dari langit” (16:4), mereka mula bernafsu untuk makan makanan lain (Bilangan 11:4). Orang Israel tidak bersukacita atas mukjizat-mukjizat harian daripada penjagaan Tuhan yang setia dan penuh kasih, sebaliknya mereka menginginkan sesuatu yang lebih, sesuatu yang lagi baik, sesuatu yang berbeza, atau sesuatu yang dimiliki oleh mereka pada masa lampau (ayat 4-6). Mereka melepaskan kekecewaan mereka ke atas Musa (ayat 10-14).

Percaya kepada kebaikan dan kesetiaan Tuhan dapat membantu kita selalu memiliki hati yang bersyukur. Hari ini kita boleh berterima kasih kerana penjagaan Dia yang berterusan untuk kita.