Pada 18 Februari 1952, satu ribut yang amat besar telah membelah dua sebuah kapal minyak, SS Pendleton yang berada kira-kira 16 kilometer dari pantai Massachusetts, Amerika Syarikat. Lebih daripada 40 orang anak kapal terperangkap di buritan kapal yang sedang tenggelam di tengah-tengah badai gelora yang besar itu.
Apabila tiba sahaja berita itu di stesen Pengawal Pantai di Chatham, Massachusetts, Bernie Webber, seorang tentera laut Amerika Syarikat dengan segera membawa tiga orang bersamanya dalam bot penyelamat untuk pergi menyelamatkan anak-anak kapal yang terkandas. Misi ini mustahil dilaksanakan, kerana mereka harus membawa pulang 32 orang anak kapal yang kelihatannya tiada harapan dengan selamat. Pencapaian mereka yang berani dianggap sebagai misi penyelamatan yang terhebat dalam sejarah Pengawal Pantai Amerika Syarikat, dan dijadikan sebuah filem tahun 2016 yang bertajuk The Finest Hours (Masa Terbaik).
Yesus mengisytiharkan misi penyelamatan-Nya sendiri dalam Lukas 19:10 yang berbunyi: “Anak Manusia datang untuk mencari dan menyelamatkan orang yang sesat.” Kayu salib dan kebangkitan menjadi ungkapan yang paling besar daripada penyelamatan itu, apabila Yesus menanggung dosa-dosa kita dan mendamaikan Bapa dengan semua orang yang percaya kepada-Nya. Selama 2000 tahun, ramai orang telah memeluk tawaran hidup-Nya yang berlimpah-limpah sekarang dan kehidupan kekal bersama Dia. Terselamat!
Sebagai pengikut-pengikut Yesus, kita memiliki keistimewaan. Dengan pertolongan Roh Kudus, kita menyertai misi penyelamatan terhebat bersama Penyelamat kita. Siapakah dalam hidup anda yang memerlukan kasih penyelamatan-Nya?