Rumah penginapan Roma pada zaman Kristus memiliki reputasi yang sangat buruk sehingga para guru agama pun tidak membenarkan orang menghantar ternakan di situ. Dalam keadaan yang buruk itu, orang Kristian yang mengembara biasanya mencari orang percaya lain untuk mendapatkan penginapan.
Antara pengembara-pengembara awal itu adalah para guru palsu yang menyangkal bahawa Yesus ialah Mesias. Disebabkan inilah surat 2 Yohanes memberitahu para pembacanya bahawa ada masanya untuk tidak menghulurkan layanan baik. Yohanes telah mengatakan bahawa dalam suratnya yang sebelum ini, guru-guru palsu ini adalah “Musuh Kristus; orang itu tidak mengakui Bapa mahupun Anak” (1 Yohanes 2:22). Dalam 2 Yohanes, dia menjelaskan hal ini dan memberitahu para pembacanya bahawa sesiapa sahaja yang percaya bahawa Yesus adalah Mesias, mereka “mempunyai Allah Bapa dan Anak” (ayat 9).
Kemudian dia memberikan amaran, “Oleh itu, jika sesiapa datang dan memberitakan ajaran yang tidak diajarkan oleh Kristus, janganlah sambut dia ke dalam rumah” (ayat 10). Memberikan layanan baik kepada seseorang yang memberitakan ajaran palsu sebenarnya akan menyebabkan mereka terpisah daripada Tuhan.
Surat Yohanes yang kedua menunjukkan “di sebalik kasih Tuhan”. Kita melayani Tuhan yang menerima semua orang dengan tangan terbuka. Tetapi kasih yang sejati tidak membenarkan orang membahayakan diri sendiri dan orang lain dengan cara yang memperdayakan. Tuhan memeluk orang yang datang kepada-Nya dan bertaubat, tetapi Dia tidak menyambut pembohongan.