Di sebuah muzium, saya berdiri dekat sebuah pameran lampu zaman purba. Terdapat satu tanda yang mengatakan bahawa benda itu berasal dari Israel. Lampu-lampu itu dihiasi dengan reka bentuk ukiran, bekas-bekas tanah liat yang berbentuk bujur memiliki dua bukaan—satu untuk minyak, dan satu lagi untuk sumbu. Walaupun orang Israel biasanya meletakkannya di ruang kecil pada dinding, setiap lampu itu cukup kecil seperti saiz tapak tangan seseorang.
Mungkin lampu kecil seperti ini memberi inspirasi kepada Raja Daud untuk menulis lagu pujian ini, “Ya TUHAN, Engkaulah cahayaku; Engkau menerangi kegelapanku” (2 Samuel 22:29). Daud menyanyikan perkataan-perkataan ini setelah Tuhan memberikan kemenangan kepadanya dalam peperangan. Musuh-musuh yang terdiri daripada orang Yahudi dan orang bukan Yahudi telah lama menghendap dan berniat untuk membunuhnya. Oleh sebab hubungannya dengan Tuhan, Daud tidak meromok dalam ketakutan. Sebaliknya, dia menghadapi serangan musuh dengan keyakinan kerana hadirat Tuhan. Dengan pertolongan Tuhan, dia mendapat kebijaksanaan sehingga dia boleh membuat keputusan yang baik bagi dirinya, tentera dan bangsanya.
Kegelapan yang disebut oleh Daud dalam lagunya mungkin merangkumi ketakutan akan kelemahan, kekalahan, dan kematian. Kebanyakan kita hidup dalam kebimbangan sedemikian, yang mendatangkan kecemasan dan tekanan. Apabila kegelapan itu menekankan kita, kita dapat mencari kedamaian kerana kita tahu Tuhan juga menyertai kita. Api ilahi Roh Kudus tinggal di dalam kita untuk menerangi jalan sehingga kita bersemuka dengan Yesus.
ILHAM
Petikan hari ini merupakan sebahagian daripada lagu yang lebih panjang yang dituliskan Daud “Selepas TUHAN menyelamatkan Daud daripada Raja Saul dan musuh-musuhnya yang lain” (2 Samuel 22:1). Lagu ini adalah meraikan seseorang yang telah “diselamatkan” daripada pelarian dan menyembunyikan diri selama bertahun-tahun daripada musuh-musuh negara lain dan orang sebangsanya. Walaupun kita tidak tahu dengan tepat berapa lama Daud menjadi orang pelarian, kita tahu bahawa dia tinggal dengan orang Filistin selama 16 bulan (1 Samuel 27:7). Peristiwa ini amat menakjubkan kerana Daud mula-mula menjadi terkenal disebabkan oleh dia membunuh seorang pahlawan Filistin yang hebat, Goliat (fasal 17).Untuk mempelajari yang selanjutnya mengenai zaman Daud, layari christianunversity.org/OT 128-06 (bahasa Inggeris).