Month: Mac 2020

SOAL & JAWAB~COVID-19

COVID-19: Reaksi orang Kristian sepanjang PKP

SOAL & JAWAB~COVID-19

Maklumat Lanjut

COVID-19: Reaksi orang Kristian sepanjang PKP

SOAL & JAWAB~COVID-19

Soal & Jawab COVID-19

 

Memandangkan COVID-19 yang semakin merebak di seluruh Malaysia dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan sejak 18/3/2020, harap beberapa soalan dan jawapan di bawah dapat menggambarkan apa yang boleh kita lakukan atau renungkan sebagai orang Kristian.

 

  1. Tutup Gereja Dek Korona-19 Tanda Tidak Beriman?

    Bangunan gereja atau ruang ibadat adalah untuk memudahkan acara ibadat/kebaktian/misi orang percaya. Dalam…

Pemergian yang Berharga

Wartawan daripada Akhbar Boston Globe menggambarkan Pameran The Wait (Penantian) oleh pengukir Liz Shepherd menonjolkan bahawa “kehidupan adalah berharga, fana, ulung” pada tahun 2018. Ketika Liz Shepherd menemani ayahnya pada penghujung nyawanya, dia diilhamkan untuk mengadakan pameran itu supaya menyampaikan kerinduan, kekosongan akibat kehilangan, dan perasaan rapuh apabila orang tersayang tidak dapat dijangkau.

Melihat Keselamatan

Pada usia 53 tahun, perkara yang tidak disangka oleh Sonia: meninggalkan perniagaan dan negaranya untuk menyertai sekumpulan orang pelarian pergi ke suatu tanah baru. Selepas anak saudaranya dibunuh oleh gengster dan cuba memaksa anak lelakinya yang berumur 17 tahun untuk menyertai mereka, Sonia merasakan bahawa melarikan diri adalah satu-satunya penyelesaian. “Aku berdoa kepada Tuhan ... Aku akan melakukan apa sahaja agar anakku dan aku] tidak mati kelaparan ... Aku lebih rela melihat dia menderita di sini, dan bukan berakhir di dalam suatu beg atau longkang.”

Masa untuk Berdoa ... Lagi

Semasa menghentikan kereta di halaman rumah, saya melambai-lambai jiran saya, Myriam dan anak perempuan kecilnya, Elizabeth. Selama bertahun-tahun, Elizabeth telah biasa dengan sembang spontan kami yang berlanjutan lebih lama daripada “beberapa minit”, dan perlahan-lahan bertukar menjadi perjumpaan untuk berdoa. Elizabeth memanjat pokok yang ditanam di tengah-tengah halaman depan mereka, menjuntaikan kakinya di atas cabang pokok, dan bermain seorang diri semasa ibunya dan saya bersembang. Selepas seketika, Elizabeth melompat turun dari tempat duduknya dan berlari ke tempat kami berdiri. Dia memegang tangan kami, tersenyum dan hampir menyanyi, “Masa untuk berdoa ... lagi.” Walaupun masih kecil, Elizabeth nampaknya memahami betapa pentingnya doa dalam persahabatan kami.