Keinginan yang Terdalam
Sebagai seorang lelaki muda, Duncan sering berasa takut jika dia tidak memiliki wang yang mencukupi. Oleh itu, pada umur awal 20-an, dia telah mula bercita-cita untuk membina masa depannya. Ketika dia mendaki tangga kerjaya di sebuah syarikat Silicon Valley yang berprestij, Duncan mendapat kekayaan yang sangat banyak. Dia mempunyai banyak akaun bank, sebuah kereta sport yang mewah, dan sebuah rumah di California yang bernilai satu juta dolar. Walaupun dia memiliki segala yang diinginkannya; dia masih tidak berpuas hati. “Saya berasa cemas dan tidak puas hati,” kata Duncan. “Malah, kekayaan telah membuat kehidupan saya menjadi lebih teruk.” Longgokan wang tunai tidak menjanjikan persahabatan, masyarakat, atau kegembiraan—dan sering kali menyakiti hatinya.
Apakah yang Seterusnya?
Pada malam 3 April 1968, Dr. Martin Luther King memberikan ucapan terakhirnya, “Saya Pernah Berada Di Puncak Gunung.” Dia mengatakan bahawa dia mungkin tidak dapat hidup lama. Dia berkata, “Kita akan berhadapan dengan masa yang sukar. Tetapi ia tidak lagi penting bagi saya sekarang. Kerana saya pernah sampai ke puncak gunung. Saya pernah memandang dari atas. Saya telah melihat tanah yang dijanjikan. Saya mungkin tidak boleh pergi ke situ bersama anda ... [Tetapi] Saya amat bersukacita pada malam ini. Saya tidak bimbang akan apa-apa. Saya tidak takut kepada sesiapa. Mata saya telah melihat kemuliaan dalam kedatangan Tuhan.” Keesokan harinya, dia dibunuh.
Selepas Tsunami
Renungan Berdasarkan Alkitab: Bagaimana Orang Kristian Bertindak Balas Terhadap Bencana Oleh Ajith Fernando.
“Saya telah menyemak semula bahan saya yang mula-mula agar tulisan ini dapat melayani sesiapa sahaja yang menghadapi apa pun jenis krisis yang berat. Dalam keadaan-keadaan seperti ini, kita merujuk kepada Alkitab untuk mendapatkan kekuatan dan bimbingan. Kita mendapati bahawa ada banyak yang ingin dikatakannya kepada kita” - Ajith…
Pemberi yang Ceria
Beberapa tahun yang lalu, isteri saya menerima rebat kecil daripada sesuatu yang telah dibelinya. Ia bukanlah sesuatu yang dijangkakannya tetapi ia muncul dalam peti surat. Pada masa yang sama, seorang kawan baik berkongsi dengan dia tentang keperluan segolongan wanita yang sangat besar di negara lain. Mereka ingin menceburi bidang keusahawanan dan cuba memajukan diri mereka dalam bidang pendidikan dan perniagaan. Walau bagaimanapun, halangan mereka adalah kewangan.