Nancy Gustafson, seorang penyanyi opera yang telah bersara, hancur hatinya apabila dia melawat ibunya dan memperhatikan bahawa kesihatan ibunya merosot akibat demensia. Ibunya tidak lagi mengenalinya dan berkata banyak. Setelah melawatnya beberapa kali, Nancy mendapat satu idea. Dia mula menyanyi kepada ibunya. Mata ibunya bersinar ketika muzik dimainkan, dan dia mula menyanyi—selama 20 minit! Kemudian ibu Nancy ketawa, bergurau bahawa mereka merupakan “Penyanyi Keluarga Gustafson!” Perubahan yang dramatik itu menyatakan kuasa muzik, seperti yang dikatakan oleh sesetengah ahli terapi, muzik boleh merangsang memori yang hilang. Nyanyian lagu lama juga boleh meningkatkan keceriaan, mengurangkan risiko kejatuhan, mengurangkan kunjungan ke bilik kecemasan, dan mengurangkan pengambilan ubat penenang.

Kini, ada banyak penyelidikan sedang dijalankan tentang kaitan antara muzik dan ingatan. Namun, seperti yang dinyatakan Alkitab, kegembiraan yang datang daripada menyanyi merupakan kurnia Tuhan—dan ia adalah benar. “Memang baik kita menyanyikan lagu pujian untuk Allah kita; memang elok dan patut kita memuji Dia” (Mazmur 147:1).

Dalam seluruh Alkitab, sememangnya, umat Tuhan digesa untuk menyanyikan lagu pujian kepada-Nya. “Bernyanyilah bagi TUHAN kerana perbuatan-Nya yang besar” (Yesaya 12:5). “Dia mengajar aku menyanyi lagu yang baru, lagu pujian untuk Allah kita. Banyak orang yang melihat perkara ini akan menjadi takut lalu percaya kepada TUHAN” (Mazmur 40:4). Nyanyian kita membangkitkan semangat kita dan orang yang mendengarnya. Marilah kita semua ingat: Tuhan kita hebat dan layak dipuji.