Pada saat kita mengalami kegagalan besar, mudah bagi kita percaya bahawa segalanya sudah terlambat: kehilangan tujuan dan nilai hidup. Begitulah cara Elias, bekas banduan di penjara New York menggambarkan perasaannya. “Janji untuk masa depan sendiri dan janji tentang cita-cita saya , semuanya hilang.”

Namun, program ijazah “Inisiatif Penjara” di Kolej Bard mula mengubah hidup Elias. Ketika dia mengikut program tersebut, dia menyertai pasukan debat, yang berbahas dengan pasukan dari Harvard pada tahun 2015—dan menang. Bagi Elias, menjadi sebahagian pasukan itu membuktikan bahawa janji-janji yang dibuatnya hilang sepenuhnya.”

Perubahan yang sama berlaku dalam hati kita apabila kita mula memahami berita baik tentang kasih Tuhan melalui Yesus juga merupakan berita baik untuk kita. Kita mula menyedari dengan kagum bahawa segalanya tidak terlambat. Janji Tuhan untuk masa depan saya kekal ada.

Ini adalah masa depan yang tidak dapat diperoleh atau dirampas, dan hanya bergantung pada rahmat dan kuasa Tuhan yang ajaib (2 Petrus 1:2-3). Masa depan yang kini dibebaskan daripada kekecewaan di dunia dan hati kita dipenuhi “kemuliaan dan kebaikan-Nya”(AYAT 3). Kita ada masa depan yang terjamin dalam janji Kristus yang berharga (AYAT 4); “menikmati kebebasan dan kemuliaan dengan anak-anak Allah” (Roma 8:21).