Merumput dengan Bijak
Cucu-cucu saya berlari di sekitar halaman belakang rumah saya. Bermain permainan? Bukan, mereka sedang mencabut lalang. “Mencabutnya dari akar!” kata si bongsu sambil menunjukkan “hadiahnya”—serumpun lalang yang besar. Kegembiraan cucu perempuan saya ini turut dirasakan ketika kami menikmati masa mencabut akar-akar lalang pada hari itu—membuang setiap ancaman serangga perosak yang menjengkelkan. Namun sebelum mengalami kegembiraan itu, semua lalang harus tercabut.
Aku Dapat Hidungmu
“Mengapakah hidung patung patah?” Itulah soalan pertama yang ditanyakan oleh para pengunjung kepada Edward Bleiberg, kurator kesenian Mesir di Muzium Brooklyn.
Kuasa Salib Kristus
Jika bukan kerana salib Yesus dan darah-Nya yang tertumpah, kita tidak akan mempunyai cara untuk bebas daripada dosa dan tidak mungkin tampil benar di hadapan Tuhan.
Kisah Penyelamatan Melalui Salib
Dunia kita memerlukan keselamatan. Kita diasingkan daripada Tuhan yang menciptakan kita, mengasihi kita, dan kesemua kita perlu berdamai dengan-Nya. Kita memerlukan seseorang untuk membawa kita kembali kepada Tuhan. Berita baik yang disampaikan oleh Lukas kepada pembaca-pembacanya ialah Penyelamat telah datang. Penyelamat telah mengampuni dosa kita agar kita dapat menjadi sahabat Tuhan semula, seperti pencuri yang digantung pada kayu salib di…
Hari Ke-5: Kristus Telah Bangkit!
Selama 2,000 tahun, orang Kristian telah bangun pada pagi hari Easter dengan sukacita, sambil berseru, “Kristus telah bangkit!” Namun, pada pagi pertama itu, sikap pengikut-pengikut Yesus mungkin tidak sama. Mereka bangun dengan penuh kesedihan (Lukas 24:17; Markus 16:10) kerana jenazah Yesus tiada di sana. Pada saat mereka sampai, segala sesuatu adalah mengelirukan. Batu penutup kubur yang besar sudah digulingkan.…
Hari Ke-4: Kebenaran dalam Ejekan
Sindiran atau ejekan merupakan sesuatu yang tidak menyenangkan. Tetapi bagaimana jika sindiran tersebut mengandungi kebenaran, seperti yang dialami Yesus? Yesus diejek oleh orang ramai, pemimpin dan askar setelah tiba di Golgota, tempat yang disebut “Tengkorak”, atau Kalvari dalam bahasa Latin. Namun, dalam ejekan mereka, kebenaran diisytiharkan: “Jika dia benar-benar Penyelamat yang dipilih oleh Allah, biarlah dia menyelamatkan dirinya sendiri!”…
Hari Ke-3: Yesus Mati, Manusia Dibebaskan
Dari segi undang-undang, orang yang didapati tidak bersalah atau tidak dapat dibuktikan bersalah akan dibebaskan daripada hukuman. Namun, kisah Yesus tidak seperti itu. Walaupun semua kenyataan menunjukkan Yesus tidak bersalah, orang Yahudi tetap mahu melihat-Nya dibunuh. Para ketua imam, pemimpin dan orang ramai berada di sana dan mengundi untuk menentang Yesus (ayat 13).
Tiga kali Pilatus merayu kepada orang…