Apabila Conner dan Sarah Smith berpindah ke rumah baru sejauh 8 kilometer, kucing mereka S’mores menunjukkan rasa tidak senang hati dengan melarikan diri. Suatu hari Sarah ternampak gambar rumah ladang lama mereka terpapar di media sosial. S’mores ada dalam gambar tersebut!
Dengan gembiranya, pasangan Smith pergi untuk mendapatkannya. Tetapi S’mores melarikan diri lagi. Teka ke mana kucing ini pergi? Kali ini, keluarga yang telah membeli rumah lama mereka bersetuju untuk membela S’mores. Pasangan Smith tidak tahu penyelesaiannya; S’mores tetap akan selalu pulang ke “rumah.”
Nehemia memegang jawatan yang berprestij di istana diraja di Susan, namun hatinya berada di tempat lain. Dia baru sahaja mendengar berita sedih tentang keadaan reruntuhan di “kota tempat nenek [moyangnya] dikuburkan” (Nehemia 2:3). Jadi dia berdoa, “Ya TUHAN, ingatlah akan firman-Mu kepada Musa dahulu, … ‘Tetapi jika kamu kembali kepada-Ku dan melakukan perintah-Ku, Aku akan membawa kamu balik ke tempat yang sudah Kupilih sebagai tempat Aku disembah, walaupun kamu sudah tercerai-berai di seluruh muka bumi’ ” (1:8-9).
Kata orang “rumah merupakan tempat hati kita terpaut”. Bagi Nehemia, kerinduan terhadap negara asalnya jauh lebih mendalam daripada bertapak di sebidang tanah. Hubungan akrab dengan Tuhan yang paling diinginkannya. Yerusalem adalah “tempat yang sudah Kupilih sebagai tempat Aku disembah” (1:9)
Rasa tidak puas yang kita alami dalam sanubari sebenarnya satu kerinduan kepada Tuhan. Kita rindu untuk pulang bersama dengan-Nya.