Ibu saya menceritakan kepada saya tentang keputusannya yang tidak memasuki universiti supaya dapat berkahwin dengan ayah saya pada tahun 1960-an, tetapi dia tetap berpegang pada impiannya untuk menjadi seorang guru Kemahiran Hidup. Selepas mempunyai 3 orang anak, walaupun tidak pernah mendapat ijazah perguruan tinggi, dia menjadi pembantu seorang pakar pemakanan untuk kementerian kesihatan negeri Louisiana. Dia memasak untuk menunjukkan pilihan makanan yang lebih sihat seperti seorang guru Kemahiran Hidup. Ketika berkongsi tentang impiannya kepada saya selepas menceritakan peristiwa hidupnya, dia bersaksi bahawa Tuhan betul-betul telah mendengar doanya dan mengabulkan hasratnya.
Hal sedemikian boleh sahaja terjadi dalam hidup kita. Rancangan kita mungkin menunjuk ke satu arah, tetapi secara realitinya menuju ke arah lain. Tetapi dalam rancangan Tuhan, masa dan hidup kita dapat diubah menjadi paparan indah tentang belas kasihan, kasih dan pemulihan-Nya. Tuhan mengatakan kepada orang-orang Yehuda (Yoel 2:21) bahawa Dia akan “mengganti” tahun-tahun mereka yang mengalami kerugian akibat “kawanan belalang” yang makan semua hasil tanaman mereka (ayat 25). Dia terus bekerja untuk menolong kita apabila kita menghadapi cabaran dan impian-impian kita yang belum terpenuhi. Kita melayani Tuhan Penebus yang menghargai dan memberi ganjaran ke atas pengorbanan kita untuk Dia (Matius 19:29).
Sama ada kita menghadapi cabaran dahsyat atau impian yang belum direalisasikan, kiranya kita tetap berseru kepada Tuhan dan memuji Dia yang membawa pemulihan.