Ole Kassow dari Copenhagen di Denmark suka berbasikal. Pada suatu pagi, apabila dia melihat seorang lelaki tua duduk bersendirian dengan alat yang membantunya berjalan di sebuah taman, Ole berasa inspirasi dengan satu idea sederhana: mengapa tidak menolong warga tua menikmati kegembiraan dan kebebasan ketika berbasikal. Jadi, pada suatu hari yang cerah, dia singgah di sebuah rumah jagaan orang tua dengan beca yang disewa, dan menawarkan tumpangan kepada sesiapa sahaja di sana. Dia amat gembira apabila seorang kakitangan dan seorang warga emas di tempat itu menjadi pelumba pertama dalam acara Cycling Without Age (Berbasikal Tanpa Had Umur) yang dimulakan oleh dia.

Kini, lebih daripada dua puluh tahun kemudian, impian Ole untuk membantu orang yang tidak mampu berbasikal telah memberkati kira-kira 575,000 orang warga emas dengan 2.5 juta tunggangan. Di manakah yang mereka biasa pergi? Untuk berjumpa rakan, menikmati ais krim dan “merasakan belaian angin di rambut mereka” sambil berbasikal. Para peserta berkata bahawa mereka tidur lebih nyenyak, makan lebih berselera, dan berasa kurang kesepian.

Hadiah seperti itu menghidupkan firman Tuhan yang indah kepada umat-Nya dalam Yesaya 58:10-11. Ayat tersebut mengatakan, “Jika engkau mengorbankan diri bagi orang … maka terangmu akan terbit di dalam gelap dan kekelamanmu akan seperti tengah hari.” Tuhan berjanji, “TUHAN akan selalu memimpin engkau, akan memuaskan hatimu di tanah yang kering-kontang, dan akan menguatkan tulang-tulangmu. Engkau akan seperti taman yang diairi, dan seperti mata air yang airnya tidak pernah mengecewakan.”

Tuhan berkata kepada umat-Nya, “Orangmu akan membina semula tempat-tempat yang sudah lama rosak” (ayat 12). Apakah mungkin akan dilakukan-Nya melalui kita? Semasa Dia menolong kita, semoga kita sentiasa bersedia untuk mengorbankan diri bagi menolong orang lain.