Seorang lelaki cuba menipu untuk mengelakkan membayar saman trafiknya. Ketika berdiri beberapa kali di hadapan hakim di mahkamah, dia akan menceritakan kisah yang sama: “Saya berpisah dengan teman wanita saya dan dia mengambil kereta saya tanpa pengetahuan saya.” Selain itu, dia telah berulang kali ditegur kerana salah laku semasa bertugas. Pendakwa raya akhirnya mendakwanya dengan empat tuduhan sumpah bohong dan lima tuduhan pemalsuan kerana dia didakwa berbohong kepada hakim dengan bersumpah dan memberikan laporan yang palsu kepada polis. Bagi lelaki ini, menipu telah menjadi kebiasaannya.
Sebaliknya, rasul Paulus mengatakan bahawa bercakap benar adalah kebiasaan yang penting dalam kehidupan orang yang percaya kepada Yesus. Dia mengingatkan jemaah di Efesus bahawa mereka harus meninggalkan cara hidup yang lama dengan menyerahkan hidup mereka kepada Kristus (Efesus 2:1-5). Kini, mereka perlu hidup seperti ciptaan baru dan mengamalkan tingkah laku tertentu. Tingkah laku sedemikian adalah sesuatu yang perlu dihentikan—“janganlah lagi berdusta”— dan tingkah laku ini yang seharusnya diamalkan— “bercakap benar sesama manusia” (4:25). Kerana perbuatan ini melindungi perpaduan gereja, jemaah di Efesus perlu sentiasa mempunyai kata-kata dan tindakan yang mencerminkan “teguran baik yang membina” (ayat 29).
Sebagaimana Roh Kudus membantu kita (ayat 3-4), orang-orang percaya boleh berusaha untuk memelihara kebenaran dalam kata-kata dan tindakan mereka. Kemudian gereja akan bersatu, dan Tuhan akan dimuliakan.