Sebuah gambar muncul di bahagian Kenangan dalam Facebook saya, menunjukkan anak perempuan saya yang berusia lima tahun ketika dia berjaya memenangi permainan Ular dan Tangga. Permainan ini mungkin ada persaingan sengit, tetapi juga disertai keseronokan. Kemudian saya akan tag adik-beradik saya dalam memori tersebut kerana kami sering bermain permainan papan ini waktu kecil. Ular dan tangga ialah permainan yang telah wujud selama berabad-abad. Permainan ini mengajar pemain mengira dan memberi keseronokan untuk menjadi pemain pertama yang paling pantas boleh mencapai petak nombor 100. Tetapi berhati-hati! Jika anda mencapai di petak nombor 98, anda akan meluncur jauh ke bawah, melambatkan bahkan menghalang anda menang.
Bukankah hal ini sama dengan hidup kita? Yesus dengan penuh kasih mempersiapkan kita untuk menghadapi pasang surut dalam hidup kita. Dia berkata bahawa kita akan mengalami “penderitaan” (Yohanes 16:33), tetapi Dia juga berkongsi mesej perdamaian. Kita tidak perlu goyah dengan ujian yang kita hadapi. Mengapa? Ini kerana Kristus telah menewaskan dunia! Tiada satu pun yang lebih besar daripada kuasa-Nya, jadi kita juga boleh menghadapi apa sahaja yang datang dengan “kuasa-Nya yang agung,” yang disediakan untuk kita (Efesus 1:19).
Seperti permainan Ular dan Tangga, kadang-kadang akan muncul sebuah “tangga” dalam hidup kita yang membenarkan kita naik dengan bahagia, tetapi pada masa lain kita akan jatuh ke bawah. Tetapi kita tidak perlu “bermain” permainan kehidupan tanpa harapan. Kuasaan Yesus dapat membantu kita mengatasi kesemuanya.