Month: November 2024

Respons Kesyukuran

Ikan mentah dan air hujan, inilah bekalan makanan bagi seorang anak kapal dari Australia yang bernama Timothy selama tiga bulan, apabila dia terdampar di atas kapal katamarannya yang rosak akibat ribut. Dia sudah kehilangan harapan, tambahan lagi dia terhumban kira-kira sejauh 1,900 kilometer dari daratan di Lautan Pasifik. Mujurnya sebuah anak kapal bot tuna dari Mexico ternampak botnya yang rosak itu dan menyelamatkannya. Kemudian, lelaki yang kurus dan berkulit kusam itu pun berkata, “Terima kasih banyak-banyak, kepada kapten dan syarikat nelayan yang telah menyelamatkan nyawa saya!”

Perintah Larangan

Seorang lelaki di mahkamah memfailkan perintah sekatan terhadap Tuhan. Dia mendakwa Tuhan memperlakukan dia dengan “sangat buruk”, dan telah menunjukkan “sikap yang amat negatif.” Ketua hakim membatalkan guaman itu. Dia berkata lelaki itu memerlukan bantuan bukan dari mahkamah, tetapi untuk kesihatan mentalnya. Inilah kisah benar yang lucu, tetapi juga menyedihkan.

Diampuni oleh Tuhan

Sekitar cuti kebangsaan Hari Kesyukuran, presiden Amerika Syarikat mengalu-alukan kedatangan dua ekor ayam belanda ke Rumah Putih sebelum menganugerahkan pengampunan presiden. Ayam belanda itu sepatutnya dihidangkan sebagai makanan tradisional utama pada hari yang istimewa ini, namun kini ayam belanda itu terselamat untuk meneruskan sisa hidup mereka di ladang. Walaupun ayam belanda tidak dapat memahami kebebasan yang telah diterima, tradisi tahunan yang luar biasa itu menyerlahkan kuasa pengampunan yang memberikan nyawa.

Cahaya Kristus Bersinar Terang

Apabila lampu-lampu jalan di Highland Park, Michigan terpadam, sumber cahaya lain—matahari mula menyerlahkan kepentingannya. Bandar itu kekurangan dana untuk membayar syarikat utiliti. Pihak lembaga elektrik pun mematikan lampu jalan dan mengeluarkan mentol daripada 1,400 tiang lampu. Keadaan itu menyebabkan penduduk tempatan berasa tidak selamat dan selalu dalam kegelapan. “Beberapa orang kanak-kanak dalam perjalanan ke sekolah sekarang,” kata seorang penduduk kepada wartawan. “Kita tak ada lampu, tetapi mereka terpaksa menggunakan jalan itu juga.”