Semasa dua orang rakan sedang membeli sebuah komputer riba di kedai elektronik, mereka terserempak dengan pemain bola keranjang yang hebat, iaitu Shaquille O’Neal. Oleh sebab mereka tahu bahawa O’Neal baru-baru ini kehilangan adik perempuan dan seorang bekas rakan sepasukan, maka mereka dengan penuh empati mengucapkan takziah. Selepas dua orang lelaki itu kembali membeli-belah, Shaq menghampiri mereka dan menyuruh mereka memilih komputer riba terbaik yang boleh ditemui mereka. Kemudian Dia membelikannya untuk mereka, semata-mata kerana mereka melihatnya sebagai seorang yang melalui masa yang sukar dan terharu dengan kebaikan mereka.

Seribu tahun sebelum penemuan itu, Salomo menulis, “Orang yang baik hati menguntungkan dirinya sendiri” (Amsal 11:17). Apabila kita mempertimbangkan keperluan orang lain dan melakukan apa yang kita mampu untuk membantu dan mendorong mereka, kita sendiri akan mendapat ganjaran. Tujuannya mungkin bukan untuk mendapatkan komputer riba atau kebendaan lain, tetapi Tuhan mempunyai cara untuk memberi kita berkat-Nya yang tidak dapat diukur oleh dunia ini. Seperti dikatakan oleh Salomo, “Perempuan yang bersopan santun memperoleh kehormatan, walhal orang yang kejam hanya memperoleh kekayaan” (ayat 16). Anugerah Tuhan jauh lebih berharga daripada wang, dan Dia akan memberinya dengan murah hati melalui kebijaksanaan dan cara-Nya yang sempurna.

Kebaikan dan kemurahan hati adalah sebahagian sifat Tuhan, dan Dia suka melihatnya dinyatakan dalam hati dan kehidupan kita sendiri. Salomo merumuskan perkara itu dengan baik: “orang yang memberikan air kepada orang, dia sendiri akan diberi minum” (ayat 25).