Ejen-ejen Shalom
Pada tahun 2015, sebuah pelayanan tempatan di Colorado Springs, Colorado, Amerika Syarikat, bekerjasama untuk berkhidmat di sebuah bandar, maka lahirlah pelayanan COSILoveYou. Setiap musim luruh, dalam acara yang dipanggil “CityServe”, kumpulan itu menghantar orang percaya dalam Yesus untuk melayani masyarakat di situ.
Membuat Pilihan yang Bijaksana
Menjual rumah ibu saya? Keputusan itu membebankan hati saya setelah ibu saya yang merupakan seorang balu meninggal dunia. Sentimen mempengaruhi perasaan saya. Namun, saya dan adik perempuan saya menghabiskan dua tahun membersihkan dan membaiki rumahnya yang kosong, akhirnya menerima hakikat untuk menjualnya. Ini berlaku pada tahun 2008, dan kemelesetan global menyebabkan tiada orang ingin membeli rumah ini. Kami terus menurunkan harga tetapi tidak mendapat tawaran. Kemudian, semasa saya membaca Alkitab pada suatu pagi, petikan ini menarik perhatian saya: “Jika tidak ada lembu, maka bersihlah kandang, tetapi dengan kekuatan lembu banyaklah hasil” (Amsal 14:4).
Janji Temu
Pada 22 November 1963, presiden Amerika Syarikat iaitu John F. Kennedy, ahli falsafah dan penulis iaitu Aldous Huxley, dan pembela Kristian iaitu C. S. Lewis semuanya meninggal dunia. Ketiga-tiga lelaki itu terkenal dengan pandangan yang sangat berbeza terhadap dunia ini. Huxley, seorang agnostik, masih berkecimpung dalam mistik Timur. Kennedy, walaupun seorang Roman Katolik, berpegang pada falsafah kemanusiaan. Lewis pula dulu seorang ateis, tetapi menjadi anggota gereja Anglikan yang lantang tentang Yesus. Kematian tidak mengenal sesiapa kerana ketiga-tiga lelaki yang terkenal ini menghadapi janji temu mereka dengan kematian pada hari yang sama.
Bercakap tentang Yesus kepada Orang Lain
Menurut Kisah Para Rasul, Paulus telah pergi ke Bait Suci untuk upacara penyucian Yahudi (Kisah Para Rasul 21:26). Tetapi beberapa orang penghasut berpendapat bahawa dia telah menyampaikan ajaran yang bertentangan dengan hukum Taurat, maka mereka berusaha untuk membunuhnya (ayat 31). Askar Roma segera bertindak dan menangkap Paulus, mengikatnya, dan mengheret dia keluar dari kawasan Bait Suci. Masa itulah segerombolan orang berteriak, “Hapuskan dia!” (ayat 36).