Month: Disember 2024

Hadirat Tuhan yang Memelihara

Apabila melihat buku tahunan sekolah menengah saya, cucu-cucu saya kagum akan gaya rambut, pakaian dan kereta “yang ketinggalan zaman” dalam foto. Saya pula nampak sesuatu yang berbeza—mula-mulanya senyuman kawan lama, ada yang masih kawan lagi. Lebih daripada itu, saya melihat Tuhan memelihara saya dengan kuasa-Nya. Hadirat-Nya yang lembut menyertai saya di sekolah semasa saya bergelut untuk menyesuaikan diri. Kebaikan-Nya memelihara saya—kebaikan yang diberikan-Nya kepada semua orang yang mencari Dia.

Tempat untuk Yesus 

Saya menikmati hujung minggu saya di New Orleans—menyaksikan perarakan di French Quarter, melawat Muzium Kebangsaan Perang Dunia Kedua, dan makan tiram panggang. Bagaimanapun, ketika saya tidur di bilik tamu kawan saya, saya merindui isteri dan anak-anak saya. Saya senang hati mendapat peluang untuk menginjil di bandar-bandar lain, tetapi saya paling senang hati ketika berada di rumah.

Tuhan akan Menjawab

Apabila Pastor Timothy memakai kolar baju pendeta semasa dalam perjalanan, dia sering diberhentikan oleh orang yang tidak dikenali. “Tolong doakan aku,” orang di lapangan terbang berkata apabila mereka melihat kolar tersebut pada kot gelapnya yang biasa. Dalam penerbangan baru-baru ini, seorang wanita berlutut di sebelah tempat duduknya apabila melihatnya lalu merayu: “Adakah tuan seorang pastor? Bolehkah tuan mendoakan aku?” Lalu Pastor Timothy mendoakan wanita itu.

Hadiah yang Sempurna

Ketika saya terlibat dalam perjalanan misi jangka pendek ke Peru, seorang lelaki muda meminta wang daripada saya. Demi keselamatan, pasukan saya telah diarahkan untuk tidak memberikan wang. Jadi, bagaimanakah saya dapat membantunya? Kemudian saya teringat tindakan rasul Petrus dan Yohanes kepada lelaki lumpuh dalam Kisah Para Rasul 3. Saya menjelaskan kepada lelaki muda itu bahawa saya tidak dapat memberinya wang, tetapi saya boleh berkongsi berita baik tentang kasih Tuhan dengannya. Apabila dia berkata bahawa dia seorang yatim piatu, saya memberitahunya bahawa Tuhan mahu menjadi Bapanya. Kata-kata saya membuat dia berlinangan air mata. Saya memperkenalkan dia kepada ahli gereja tuan rumah kami untuk terus berhubungan dengan lelaki muda ini.