Untuk meningkatkan kemahiran bahasa isyarat, Leisa melibatkan dirinya dalam dunia orang pekak. Tidak lama kemudian dia mengetahui masalah yang dihadapi oleh mereka. Golongan pekak sering diabaikan oleh orang yang mampu mendengar, kerana mereka dijangka dapat membaca bibir dengan sempurna, malah mereka selalunya diketepikan untuk mendapat kenaikan pangkat di tempat kerja. Kebanyakan acara awam juga tidak menyediakan jurubahasa isyarat untuk mereka.

Bahasa isyarat Leisa menjadi semakin bertambah baik sehingga dia berasa selesa dengan golongan pekak. Di sebuah pesta, seorang yang pekak terkejut apabila mengetahui Leisa boleh mendengar. Sebelum Leisa sempat menjawab, seorang lagi rakannya memberikan bahasa isyarat, “Dia memiliki hati seperti orang pekak.” Kuncinya, Leisa untuk hidup dalam dunia mereka.

Leisa tidak sengaja “merendahkan diri” untuk bersama orang pekak. Dia sama dengan mereka, kecuali dia boleh mendengar. Tetapi Yesus betul-betul merendahkan diri untuk menjangkau setiap kita—untuk hidup di dunia kita. Dia “dijadikan rendah sedikit daripada malaikat” untuk sementara waktu (Ibrani 2:9). Kristus “sendiri pun mendapatkan [tubuh manusia], supaya melalui kematian Dia dapat memusnahkan Iblis yang berkuasa atas kematian” (ayat 14). Dengan berbuat demikian, Dia “membebaskan mereka yang tertakluk kepada belenggunya seumur hidup kerana takut mati” (ayat 15). Selain itu, “dalam segala hal Dia harus disamakan dengan saudara-saudara-Nya, supaya Dia menjadi Imam Besar yang berpengasihan dan setia dalam segala yang berkenaan dengan Allah” (ayat 17).

Apa sahaja yang kita hadapi, Yesus tahu dan faham. Dia mendengar hati kita. Dia bersama kita dalam segala hal.