Bagaimana jika anda boleh memahami apa yang “dikatakan” oleh anjing anda? Sejenis teknologi baharu menggunakan teknik pengecaman untuk membantu manusia mengenal pasti perasaan anjing melalui salakan. Relang berteknologi tinggi ini mentafsirkan salakan anjing dengan menggunakan data lebih daripada sepuluh ribu salakan untuk mengenal pasti emosi yang dinyatakan oleh anjing. Walaupun relang leher itu tidak boleh menterjemahkan perkataan, ia memupuk kesefahaman yang lebih baik antara para pemilik dan haiwan peliharaan mereka.”

Tuhan menggunakan binatang untuk menarik perhatian Bileam juga. Bileam menunggangi keldainya untuk pergi ke Moab sebagai respons kepada arahan Tuhan, “pergilah … tetapi kamu hanya akan melakukan apa yang Kufirmankan kepadamu sahaja” (Bilangan 22:20). Keldai itu berhenti apabila ia melihat malaikat Tuhan “berdiri di jalan dengan pedang terhunus di tangannya,” walaupun Bileam tidak dapat melihatnya (ayat 23). Bileam terus mencuba untuk maju ke hadapan, kemudian Tuhan membolehkan keldai itu bercakap dalam perkataan manusia. Apabila mata Bileam akhirnya terbuka dan menyedari bahaya di depannya, “membongkoklah dia dan sujud memberi hormat “ (ayat 31). Dia mengakui niat sebenarnya adalah mendapatkan ganjaran, sehingga dia sanggup melanggar perintah Tuhan dengan mengutuk umat Tuhan (ayat 37-38). “Hamba telah berdosa,” katanya. “Hamba tidak tahu bahawa Engkau berdiri di jalan mengadang hamba” (ayat 34).

Semoga kita mentaati perintah yang diberikan Tuhan kepada kita dalam Alkitab, melalui bimbingan Roh Kudus dan nasihat bijak orang lain—bukan hanya secara luaran, tetapi juga secara dalaman.