Julia Galef, seorang pengarang, menuliskan pandangannya bahawa mengapa orang cenderung percaya bahawa mereka adalah betul, sedangkan tidak. Dia berpendapat ini ada kaitannya dengan “minda askar”, bahawa kita cenderung berfokus untuk mempertahankan apa yang kita percaya sebagai kebenaran, dan menentang apa yang dianggap sebagai ancaman. Galef berpendapat bahawa pemikiran yang lebih bermanfaat bagi kita adalah seperti seorang pemantau—berfokus bukan semata-mata untuk menghapuskan ancaman, tetapi untuk mencari kebenaran yang lengkap: belajar memahami “apa yang benar-benar ada, dengan jujur dan tepat sejauh yang kita sanggup, walaupun hal ini tidak cantik, tidak mudah, atau menjengkelkan.” Orang yang berpandangan sebegini memiliki kerendahan hati untuk terus berkembang dalam pemahaman.
Wawasan Galef mengingatkan kita tentang dorongan Yakobus, bahawa orang Kristian patut mengamalkan cara berfikir yang serupa—”cepat mendengar, lambat bercakap, dan lambat menjadi marah” (Yakobus 1:19). Daripada memberi reaksi spontan tanpa berfikir terhadap orang lain, Yakobus menggesa orang yang percaya kepada Yesus untuk mengingati bahawa kemarahan manusia tidak mendatangkan kebenaran Tuhan (ayat 20). Hanya apabila kita menyerahkan diri dengan rendah hati kepada kasih kurnia Tuhan, barulah kita boleh mengalami pertumbuhan hikmat (ayat 21; lihat Titus 2: 11-14).
Apabila kita ingat bahawa setiap saat kehidupan kita bergantung pada kasih kurnia Tuhan—bukan pada kita—kita boleh melepaskan keinginan yang selalu menganggap bahawa kita adalah betul. Kita juga boleh bergantung pada bimbingan-Nya untuk hidup dan mengambil peduli terhadap orang lain (Yakobus 1:25-27).