“Jika Yesus betul-betul duduk di meja bersama kita pagi ini, apakah yang ingin kamu tanyakan kepada-Nya?” Joe bertanya kepada anak-anaknya semasa sarapan pagi. Maka anak-anak lelakinya memikirkan soalan yang paling sukar. Mereka memutuskan untuk bertanya kepada Yesus tentang masalah matematik yang paling sukar dan meminta Dia memberitahu mereka betapa besarnya alam semesta ini. Kemudian anak perempuannya menjawab, “Aku akan minta Yesus memelukku.”
Dapatkah anda bayangkan bahawa Yesus sangat mengasihi kanak-kanak ini? Saya fikir Dia pasti akan mengabulkan permintaan mereka dengan gembira, bukan? Saya membayangkan Dia akan bergurau dengan kanak-kanak lelaki tersebut dan merentangkan tangannya kepada anak perempuan itu. Dia mungkin terutama menyukai permintaan anak perempuan Joe untuk dipeluk, kerana ini menunjukkan kasih sayang anak itu kepada-Nya, dan keinginan untuk disayangi-Nya.
Kanak-kanak mempunyai naluri kebergantungan, dan mereka tahu bahawa Yesus berkuasa dan penuh kasih sayang. Dia berkata, “Sesiapa yang tidak menerima kerajaan Allah seperti seorang anak kecil, tidak akan masuk ke dalamnya” (Lukas 18:17). Kristus mahu kita menyatakan keperluan kita terhadap rahmat, pengampunan dan keselamatan-Nya. Dia senang dengan orang yang mendekati Dia dengan rendah hati dan kerinduan.
Apakah yang anda ingin tanyakan kepada Yesus? Setiap kita pasti mempunyai soalan! Atau mungkin anda hanya mahu dekat dengan-Nya? Datanglah kepada-Nya sekarang untuk dipelukan-Nya, dan banyak lagi yang anda perlukan.