Apakah yang harus kita lakukan? Scott dan Bree berasa susah untuk berinteraksi dengan rakan-rakan dan ahli keluarga mereka yang memilih jalan hidup yang tidak sesuai dengan Alkitab. Namun selepas mereka mempelajari Alkitab dan berdoa, suatu jalan ke hadapan muncul: Pertama, Scott dan Bree memutuskan untuk mengukuhkan kasih mereka kepada rakan dan orang kesayangan mereka; kedua, mereka menyatakan sifat yang benar dan baik tentang rakan dan ahli keluarga kerana mereka juga penciptaan Tuhan yang baik; dan ketiga, Scott dan Bree berkongsi bahawa mereka akan berinteraksi dengan mereka secara penuh kasih berdasarkan hikmah Alkitab. Lama-kelamaan, kepercayaan yang lebih kuat terhadap hubungan mereka terbina apabila Scott dan Bree menunjukkan kasih seperti Kristus.

Hosea mungkin tertanya-tanya bagaimana berinteraksi dengan isterinya—seorang perempuan yang telah memilih jalan hidup yang tidak memuliakan Tuhan atau suaminya. Tuhan berfirman kepada Hosea untuk “tunjukkanlah cintamu kepada [isterimu] seorang perempuan yang berzina” (Hosea 3:1). Nabi itu jelas mengukuhkan cintanya terhadap isterinya sambil menyatakan mereka harus membina kehidupan serta hubungan yang betul dan benar di hadapan Tuhan (ayat 3). Hubungan Hosea dengan isterinya melambangkan hubungan Tuhan dengan orang Israel zaman purba yang suka memberontak. Walaupun mereka telah memilih jalan yang salah, Tuhan menyediakan jalan ke hadapan, dan memberitahu mereka bahawa “kasih-Ku tidak akan mengenal batas” (14:5 FAYH). Akan tetapi, mereka hendaklah memilih jalan-Nya kerana ia “benar” (ayat 10, FAYH).

Oleh sebab Tuhan memberikan hikmah dan kearifan, marilah kita terus menyampaikan kasih dan kebenaran-Nya kepada mereka yang telah memilih jalan hidup yang tidak berdasarkan Alkitab. Tuhan sendiri telah menunjukkan kita jalan ke hadapan.