Month: Februari 2025

Berpadu dengan Kasih 

Dalam majlis perkahwinan Meredith, ibunya membaca petikan Alkitab yang indah daripada 1 Korintus fasal 13, yang kerap disebut sebagai “fasal kasih” dalam Alkitab, kedengaran memang sesuai dibaca untuk majlis tersebut. “Kasih itu penyabar dan penyayang. Kasih tidak iri hati, tidak membanggakan diri, dan tidak angkuh” (ayat 4). Sambil mendengarnya, saya tertanya-tanya sama ada pasangan pengantin zaman moden mengetahui apa yang mendorong rasul Paulus menuliskan kata-kata yang membangkitkan semangat. Sebenarnya Paulus bukanlah menulis sebuah puisi cinta. Dia sedang menuliskan rayuan kepada jemaah yang berpecah-belah supaya mereka diperdamaikan daripada perpecahan yang dahsyat.

Tidak Pernah Diabaikan oleh Tuhan

“Kradang-kadang saya terasa seolah-olah saya … tidak kelihatan.” Kata tersebut tergantung di situ ketika Joanie bercakap dengan rakannya. Suami Joanie telah bercurang dengan perempuan lain, lalu meninggalkannya dengan anak-anak yang masih kecil di rumah. “Saya memberinya zaman terbaik saya,” katanya. “Dan sekarang saya tidak tahu adakah sesiapa akan benar-benar mempedulikan saya atau meluangkan masa untuk benar-benar mengenal saya.”

Nafsu: Apa yang Aku Harap Aku Tahu Lebih Awal

Nafsu: Apa yang Aku Harap Aku Tahu Lebih Awal

Wahai diriku yang pernah muda,

Kamu baru sahaja mengatakan “ya,” walaupun kamu ragu-ragu dan takut untuk menjalinkan hubungan dengan seseorang. Kamu tertanya-tanya sama ada keputusan itu tepat kerana masih banyak yang kamu tidak tahu tentang dirinya dan masa depan bersamanya menjadi satu persoalan yang besar dalam kepalamu.

Namun, yakinlah: lelaki yang baru sahaja kamu…

Rancangan Kita dan Rancangan Tuhan

Bertahun-tahun yang lalu, suami saya memutuskan untuk membuat lawatan ke Afrika bersama satu rombongan misi dari gerejanya. Namun pada saat terakhir, rombongan itu menghadapi halangan sehingga mereka tidak dapat mengadakan perjalanan. Semua ahli rombongan berasa kecewa, tetapi wang yang dikumpulkan mereka untuk tambang penerbangan, penginapan dan makanan didermakan kepada orang tempatan. Pihak tersebut pun menggunakan derma itu untuk membina sebuah pusat perlindungan bagi mangsa penderaan.

Tuhan Mencari Kita

Selama bertahun-tahun, Evan bergelut dengan ketagihan yang menghalang dia mendekati Tuhan. Bagaimanakah aku layak menerima kasih-Nya? dia tertanya-tanya. Oleh itu, walaupun dia tetap pergi ke gereja, dia berasa bahawa terdapat satu jurang yang sungguh luas, yang memisahkannya daripada Tuhan.