Month: Mac 2025

Beristirahat dalam Kristus

Beberapa tahun lalu, satu kajian telah dijalankan bagi menganalisis hubungan antara kemurungan remaja dan jumlah waktu tidur mereka setiap malam. Selepas membaca kajian tersebut, seorang wanita muda memberi komen tentang hasilnya: “Saya tidak pernah tahu bila untuk berhenti—saya memaksa diri sehingga akhirnya membuat diri saya sakit akibat kekurangan tidur dan tertekan.” Kemudian dia berkata dia ingin tahu apa sebenarnya maksud menjadi seorang pengurus masa yang baik juga satu cara untuk menghormati Tuhan. Apakah perbezaan antara kesibukan dan keberhasilan?

Senarai ini adalah Kehidupan

Duduk membongkok di atas sebuah mesin taip manual, Itzhak Stern bekerja sepanjang malam, menaip nama-nama—sebanyak 1,098 kesemuanya. Nama-nama ini terdiri daripada senarai pekerja Yahudi yang dilindungi daripada Nazi oleh seorang pemilik kilang, Oskar Schindler. Sambil memegang dokumen itu, Stern mengisytiharkan, “Senarai ini menunjukkan kebaikan mutlak. Senarai ini adalah kehidupan.” Kemudian nama-nama orang dalam senarai itu terselamat daripada Holokus (pembunuhan beramai-ramai). Pada tahun 2012, dianggarkan bahawa keturunan mereka yang terselamat ini berjumlah 8,500 orang.

Serahkan Kebimbangan Anda kepada Yesus

Nancy hanya melihat masalah dan takut akan masa depannya. Suaminya Tom telah pengsan tiga kali semasa dalam perjalanan mendaki di luar bandar Maine. Tetapi doktor-doktor di hospital kecil berhampiran tidak mendapati apa-apa masalah. Jadi mereka pergi ke sebuah pusat perubatan yang lebih besar. Namun selepas doktor menjalankan beberapa pemeriksaan tambahan, mereka juga mendapati tiada masalah tentang Tom. “Saya sangat takut,” kata Nancy. Semasa suaminya dibenarkan pulang, dia menyoal pakar kardiologi buat kali terakhir dan bertanya, “Apa yang harus kita lakukan sekarang?” Dia memberinya kata-kata hikmat yang selamanya mengubah pandangannya. “Pergilah jalani hidup anda,” katanya. “Doktor itu tidak memberi kita nasihat dengan cara yang sambil lewa,” ingat Nancy. “Begitulah nasihat dia kepada kami.

Tidak Mudah Tersinggung

Apabila saya memasuki gereja selepas kuarantin selama beberapa bulan, saya teruja untuk melihat ahli-ahli yang belum saya jumpa untuk seketika waktu. Saya menyedari bahawa sesetengah ahli, terutamanya yang lebih tua, tidak akan kembali ke gereja—sebahagian atas sebab kesihatan dan sedihnya, ada yang telah meninggal dunia. Jadi saya agak teruja apabila saya melihat satu pasangan yang lebih tua masuk ke gereja dan mengambil tempat duduk biasa mereka di belakang saya. Saya melambai ke arah mereka berdua. Lelaki itu membalas salam saya, tetapi isterinya memandang saya tanpa senyum pun. Saya terluka dan tertanya-tanya sebabnya.

Tuhan yang Tak Terduga

Pada Februari 2023, Teleskop Angkasa James Webb membuat satu lagi penemuan yang luar biasa. Selain pencapaian manusia sebelum ini yang telah menjelajahi angkasa, kini enam galaksi baharu ditemukan. Penemuan ini telah mengubah banyak perkara yang kita ketahui tentang ruang angkasa. Seorang ahli astronomi berkata, “Ternyata kami menjumpai sesuatu yang sangat tidak dijangka, dan ini sebenarnya telah menimbulkan ‘masalah’ untuk sains.” Seorang ahli astrofizik berkata hampir dengan nada meminta maaf, “Tiada salahnya jika tidak tahu tentang sesuatu.”