Pada awal abad kedua puluh, Bandaraya New York telah menjadi sebuah tempat yang bising. Dengan landasan kereta api yang dibina di atas tanah, kereta, trem, jeritan penjual surat khabar, dan orang ramai yang bergegas di sekitar—sungguh hiruk-piruk! Namun, pada suatu hari di Broadway dan 34th Street, seorang lelaki bernama Charles Kellogg berkata kepada rakannya, “Hei, saya boleh dengar bunyi cengkerik.”
“Mustahil,” jawab rakannya. “Keadaan yang hiruk-pikuk begini mustahil kita dapat dengar bunyi kecil begitu.” Namun, Encik Kellogg berkeras, dan akhirnya menjumpai cengkerik itu, yang sedang mengeluarkan bunyi di tingkap kedai roti. Pendengaran anda sungguh menakjubkanlah,” kata kawannya. “Tidaklah,” jawab Encik Kellogg. “Ini bergantung pada di mana tumpuan perhatian kita saja.”
Elia adalah seorang nabi Tuhan yang baru sahaja melihat Tuhan menunjukkan kuasa-Nya yang menakjubkan, tetapi sekarang nabi itu bersembunyi di dalam sebuah gua kerana takut kepada, Izebel, ratu pagan itu (1 Raja-raja 19:1-9). Namun, kali ini, Tuhan tidak mahu berkomunikasi dengan Elia melalui cara yang berkuasa. Walaupun Dia telah menghantar angin kencang, gempa bumi, dan api yang bernyala-nyala (ayat 11-12), kini sudah tiba masanya untuk Elia berkomunikasi dengan Tuhan secara peribadi dan senyap. Tuhan ingin bercakap dengan nabi dalam “suara yang lembut” (ayat 12).
Hari ini, terdapat banyak kebisingan dalam hidup kita, namun Tuhan masih bercakap dengan suara yang senyap melalui Kitab Suci dan Roh-Nya. Ambillah masa untuk menumpukan perhatian kita dengan berdoa kepada Tuhan, Dia akan membantu kita mendengar suara-Nya yang menenangkan dan memberikan bimbingan.