Month: Mei 2025

Kasih yang Layak Penyerahan Diri 

William Temple, seorang uskup dari England pada abad kesembilan belas, pernah sekali mengakhiri khutbahnya dengan memetik kata-kata dalam lagu pujian, “Memandang Salib Rajaku” (When I Survey the Wondrous Cross) kepada para mahasiswa di Universiti Oxford. Akan tetapi, dia memberikan peringatan supaya mereka tidak memandang ringan akan lagu itu. “Jika anda bersungguh-sungguh akan maksud dalam kata-kata lagu ini, nyanyilah sekuat-kuatnya,” kata Temple. “Jika tidak, sila diam sahaja. Namun jika anda bersetuju dengan kata-kata lagu ini, walaupun hanya sedikit, dan ingin memahami maksudnya dengan lebih mendalam, nyanyikannya secara sangat lembut.” Para hadirin menjadi senyap apabila mereka mula memerhatikan lirik lagu itu. Perlahan-lahan, beribu-ribu suara mula menyanyi dalam bisikan, malah menyanyikan baris terakhir dengan keyakinan: “Kasih kudus menuntutku, jiwa dan hidupku bagi-Nya.”

Pendidikan Seks: Tugas Ibu Bapa di Rumah

Adakah anda bersedia untuk bercakap dengan anak anda tentang seks?

Didiklah seorang anak di jalan yang patut dilaluinya, maka pada masa tuanya pun dia tidak menyimpang dari laluan itu (Amsal 22:6).

Ji-Woo berpindah ke sekolah baru. Suatu hari, ketika dia tidur di atas mejanya semasa rehat, seorang rakan sekelas lelaki mengambil gambar wajahnya, kemudian mengancam bahawa jika dia melawan, dia…

Mengasihi Orang Asing

Isteri rakan saya, seorang tukang jahit yang unggul, membuat rancangan yang penuh kasih sebelum dia meninggal dunia akibat penyakit yang berlarutan. Dia menyumbangkan semua peralatan menjahitnya kepada satu persatuan jahitan di bandar kami, menyediakan mesin jahit, meja pemotong, dan banyak lagi untuk kelas-kelas menjahit yang mengajar pendatang baru. “Saya hitung kain sahaja sudah ada dua puluh lapan kotak,” suaminya memberitahu kami. “Enam orang wanita telah datang dan mengangkut kesemuanya. Murid-murid mereka merupakan pekerja tekun yang berminat untuk mempelajari sesuatu kemahiran.”

Tuhan yang Berduka

Berikutan gempa bumi yang dahsyat di Turki pada Februari 2023, satu gambar yang menyayat hati muncul di media berita: seorang bapa duduk di tengah-tengah puing sambil memegang tangan yang terhulur daripada runtuhan batu—tangan anak perempuannya. Kita boleh melihat bucu tilam, tempat tidur anak perempuannya, dan bapa itu tetap menggenggam jari-jari anak perempuannya yang tidak bernyawa. Wajah si bapa muram; dukanya sangat mendalam.  

Lebih Baik Bersama-sama

Meggie yang ketagihan dadah selama sepuluh tahun menyebabkan dia keluar masuk penjara. Tanpa perubahan hidup, dia akan kembali ke sana. Kemudian dia bertemu dengan Hans, bekas penagih yang hampir kehilangan tangannya apabila uratnya pecah akibat penyalahgunaan dadah. “Itulah kali pertama aku berseru kepada Tuhan,” kata Hans. Tuhan menjawab doanya, dan menyiapkan dia menjadi salah seorang anggota bagi sebuah organisasi yang khas dalam menyelaraskan pemulihan bagi penagih dadah yang dipenjarakan.