Seorang pakar perubatan bernama Ezdan dari sebuah pekan, memupuk impian besar untuk anak perempuannya, Eleanor. Dia menghidapi sindrom Down, dan Ezdan berharap untuk membuka satu perniagaan yang menyediakan kerja bergaji untuk masa depan Eleanor. Oleh sebab berasa “takut” untuk mengejar impiannya, dia mengikuti kursus dalam talian tentang cara memulakan perniagaan. Kemudian dia dan isterinya membuka bakeri di pekan mereka di Wyoming. Perniagaan itu berkembang maju. “Ia telah menjadi perniagaan sebenar, dengan seorang kakitangan,” kata Ezdan. Eleanor, kini telah dewasa, mengendalikan mesin wang dan berhubung dengan pelanggan dalam talian. “Semua orang di pekan itu tahu siapa dia,” kata Ezdan. Keyakinannya dalam merancang masa depan Eleanor mencerminkan pilihannya untuk bertindak bijak.

Inilah sifat murni alkitabiah yang klasik. Kebijaksanaan adalah unsur hikmat yang ditetapkan Tuhan untuk perancangan semasa dan masa depan kita. “Hikmah orang bijaksana adalah memahami jalan hidupnya,” kata Amsal 14:8, “tetapi kebodohan orang tolol adalah tipu daya.” Daripada bimbang tentang masa depan, atau tidak berbuat apa-apa mengenainya, orang yang berakal mencari hikmat Tuhan untuk membuat rancangan hidup.

Sebenarnya, dalam bahasa Inggeris, prudence yang diterjemahkan sebagai ‘bijaksana’, berasal daripada perkataan Latin prudentia yang bermaksud “pandangan jauh”. “Orang yang betul bendul mempercayai segala-galanya, tetapi orang bijaksana mempertimbangkan gerak langkahnya” (ayat 15). Dengan menjangka apa yang mungkin boleh berlaku, mereka bertindak dengan waras untuk membina jaring keselamatan—tindakan yang sungguh bijak!

Dengan iman yang jelas dan realistik, semoga kita hidup berhikmat, seiring dengan langkah Tuhan.