Month: Mei 2025

Tuhan Tahu yang Terbaik

Saya bimbang akan masalah kesihatan yang dialami oleh anak saudara perempuan saya, namun berasa lega apabila mendengar tentang ubat semula jadi yang berpotensi untuk merawat dia. Walau bagaimanapun, kakak saya menganggap ubat itu mungkin akan menyebabkan kesan sampingan, berdasarkan sejarah perubatan anak perempuannya. Saya mahu mempertikaikan pendapat kakak saya tetapi menahan diri. Tidak kira betapa prihatinnya saya terhadap anak saudara saya, saya harus menuruti kehendak ibunya

Air yang Dalam

Biara San Fruttuoso terletak di sebuah teluk di pantai barat laut Itali. Biara ini hanya dapat diakses dengan bot atau berjalan kaki, dan merupakan tempat yang indah sekali biarpun terpencil. Malah, terdapat harta yang tersembunyi di teluknya. Apabila penyelam mula meneroka laut dan menyelam sedalam lima belas meter ke bawah, sosok seorang lelaki mula kelihatan. Inilah Kristus di Biara (Christ of the Abyss), patung bawah air yang pertama di dunia dan ditempatkan di situ pada tahun 1954. Patung gangsa ini menggambarkan Yesus berada di air yang dalam, dengan tangan-Nya terangkat ke syurga.

Kuasa Tuhan yang Besar

Bandar kami hampir menjadi gelap gelita selepas ribut ais besar-besaran merobohkan bermeter-meter talian elektrik, sehingga ramai rakan kami tiada bekalan elektrik untuk memanaskan rumah mereka di tengah-tengah musim sejuk. Banyak keluarga ingin sekali melihat trak pembaikan datang ke kawasan kejiranan mereka untuk memulihkan bekalan elektrik. Kemudian, saya mendapat tahu bahawa tempat letak kereta di sebuah gereja telah menjadi pusat kawalan operasi sementara, yang berperanan untuk mengatur trak-trak pembaikan pergi ke rumah yang memerlukan bantuan.

Pergilah Beritakan Injil

Elliot bersungguh-sungguh memberitahu orang lain tentang Yesus. Semasa mengajarkan kitab 2 Timotius selama seminggu kepada para pemimpin gereja di sebuah negara Asia Selatan, dia mengingatkan mereka tentang kata-kata perpisahan Paulus kepada Timotius. Elliot menggesa mereka untuk tidak berasa malu dengan berita baik tetapi turut menanggung penderitaan dan penganiayaan demi Injil, seperti yang dilakukan oleh Paulus (1:8-9). Beberapa hari kemudian, Elliot mendapat tahu bahawa penginjilan dan penganutan kepercayaan Kristian telah diharamkan di negara itu. Oleh sebab sangat mengambil berat akan keadaan mereka, dia berdoa agar para pemimpin ini tabah, berani dan dengan segera terus memberitakan Injil.