Pada suatu hari, sebuah keluarga telah menerima sebuah tempayan abu mayat kepunyaan anak lelaki dan abang mereka, Tyler, yang telah lama terputus hubungan dengan mereka. Tyler baru berusia dua puluh dua tahun ketika dia didapati meninggal dunia akibat pengambilan dadah secara berlebihan. Selama bertahun-tahun, Tyler menangani kesan ketagihan dadah dan memilih jalan yang salah. Tetapi sebelum kematiannya diketahui, , dia sebenarnya sudah mula menghadiri program pemulihan dan menyelesaikan semua program yang diikuti. Kemudian pihak berkuasa membuat penemuan yang mengejutkan—Tyler sebenarnya masih hidup! Mereka telah tersilap. Rupanya pemuda itu bukan Tyler, tetapi orang lain yang meninggal dunia akibat dos berlebihan. Kemudian, selepas bersatu semula dengan keluarga dan mengingati tentang kematian lelaki muda yang seorang itu, Tyler berkata, “Boleh jadi juga sayalah yang mati.”
Orang Israel juga pernah sedar bahawa mereka sudah mati—walaupun hakikatnya mereka masih hidup. Dalam nyanyian berkabung, nabi Amos menyanyikan kata-kata ini kepada umat Tuhan yang memberontak: “Sang perawan Israel telah jatuh dan tidak dapat bangkit lagi” (Amos 5:2). Kata-kata ini semestinya telah mendapat perhatian mereka dengan kesedaran bahawa semua mereka sudah mati?! Tetapi nabi itu juga menyampaikan kata-kata Tuhan yang membawa penghiburan: “Carilah maka kamu akan hidup” dan “Carilah yang baik … Dengan demikian TUHAN, Allah alam semesta, akan menyertai kamu” (ayat 4, 14). Walaupun bangsa Israel telah mati dalam dosa kerana pemberontakan mereka terhadap Tuhan, Dia menjemput mereka kembali kepada-Nya untuk memperoleh kehidupan sejati.
Semasa kita melawan dosa kita, marilah kita mengaku dan menyerahkan dosa itu kepada Tuhan yang mengasihi kita dan mengampuni kita. Dengan penuh kasih Tuhan akan menuntun kita keluar daripada kematian dan menuju kepada hidup (Yohanes 5:24).