Month: Julai 2025

Ujian Iman Kita

Pada tahun 304 Masihi, maharaja Rom Maximian memasuki kota Nicomedia dengan kemenangan. Perarakan diadakan dan seluruh kota berkumpul untuk berterima kasih kepada dewa-dewa atas kemenangan tersebut—semua orang kecuali sebuah gereja yang penuh dengan orang yang menyembah satu-satunya Tuhan yang benar. Maximian memasuki gereja itu dengan satu amaran keras terakhir: Tinggalkan iman kamu kepada Kristus, atau dihukum. Mereka menolak. Kesemuanya terbunuh apabila Maximian mengarahkan gereja itu dibakar, termasuk orang-orang yang percaya kepada Yesus yang masih berada di dalamnya.

Tuhan, Tempat Perlindungan Kita

Kami telah memandu selama lima belas jam sehingga lewat malam. Tiba-tiba kami menerima satu amaran puting beliung yang mengingatkan kami supaya berwaspada. Amaran tersebut menyatakan bahawa kami harus segera mencari perlindungan. Seolah-olah dirancang, kilat menyambar dan angin menekan kuat cermin tingkap kereta kami. Kami pun memecut keluar dari lebuh raya dan berhenti berdekatan di sebuah bangunan hotel konkrit. Setelah berlari masuk ke dalam, kami bersyukur dapat mencari tempat perlindungan.

Kesaksian: Melepaskan Dendam, Menemui Damai

Kesaksian: Melepaskan Dendam, Menemui Damai 

Singkirkanlah segala kepahitan, keberangan dan kemarahan, pergaduhan dan umpatan, bersama segala niat jahat. Dan berbelas kasihlah satu sama lain, bersikap baik, saling memaafkan, sebagaimana Allah telah mengampunimu dalam Kristus. (Efesus 4:31-32)

Luka Sejak Kecil yang Menghancurkan Hati

Saya dibesarkan dalam keluarga yang berpecah-belah dan hidup dalam kemiskinan. Sejak kecil, saya sering dihina, dibuli, dan dipulaukan. Bukan sahaja oleh…

Kurnia Tuhan

Dalam sebuah persembahan pentas Pilgrim: The Musical (Pengembara: Muzikal) yang menyentuh hati, Leisa berdiri di satu sudut khas untuk golongan pekak. Dia menggunakan Bahasa Isyarat Amerika untuk menyampaikan makna dan emosi persembahan itu dengan penuh perasaan. Muzikal tersebut, yang diadaptasikan daripada buku The Pilgrim’s Progress (Perjalanan Seorang Musafir) ialah karya John Bunyan tentang perjalanan iman seorang lelaki yang sangat mengharukan, begitu juga dengan penyampaian bahasa isyarat oleh Leisa.

Tempat yang Betul, Waktu yang Tepat

Satu konvensyen jururawat sedang berlangsung di sebuah hotel, tiba-tiba seorang tetamu mengalami serangan jantung di lobi. Dengan serta-merta, lebih daripada dua puluh orang jururawat datang ke sisinya dan berusaha untuk menyelamatkan nyawanya. Tetamu itu amat berterima kasih kepada semua jururawat yang telah berada dalam situasi yang tepat pada tempat dan masanya.