Semasa pengarah filem Franco Zeffirelli bersedia untuk membuat filem tentang Romeo and Juliet, karya Shakespeare yang mendapat pujian itu, dia membuat keputusan yang berani. Dia memilih dua orang pelakon yang tidak dikenali untuk memegang watak utama dan menegaskan mereka harus hampir sama umur dengan watak-watak yang ditulis oleh Shakespeare. Zeffirelli akhirnya memilih Leonard Whiting yang berusia tujuh belas tahun sebagai Romeo dan Olivia Hussey yang berusia enam belas tahun sebagai Juliet.
Sesetengah orang mungkin berfikir bahawa Yesus mengambil risiko yang sama semasa memilih murid-murid-Nya, yang kemudiannya menyebarkan mesej pengampunan-Nya ke seluruh dunia. Ini kerana waktu itulah para pemimpin agama telah menangkap dan menyoal siasat beberapa orang murid Yesus. Kemudian, dalam Kisah Para Rasul 4:13 dikatakan, “Apabila mereka melihat keberanian Petrus dan Yohanes sedangkan kedua-duanya ternyata orang yang tidak berpelajaran serta tidak terlatih, mereka pun hairan.”
Yesus tidak mengambil risiko pun dalam plihan-Nya, ini terbukti benar dalam kesaksian hidup para nelayan yang biasa ini pada masa kemudian: “Mereka sedar bahawa kedua-duanya telah bersama dengan Yesus” (4:13). Murid-murid yang kelihatan tidak layak ini bukan sahaja telah bersama Kristus, tetapi mereka juga menerima janji-Nya untuk sentiasa bersama mereka (Matius 28:20). Kita juga memiliki janji yang sama (Ibrani 13:5) dan boleh yakin bahawa, dengan kehadiran-Nya dan kasih kurnia-Nya, tiada tugas atau cabaran untuk kita yang terlalu sukar bagi-Nya.