Dua orang pekerja di Stesen Kutub Selatan Amundsen-Scott amat memerlukan rawatan perubatan. Seorang telah mengalami serangan jantung manakala seorang lagi menghadapi masalah gastrik yang mengancam nyawa. Satu-satunya cara untuk memastikan mereka pulih adalah dengan melancarkan misi penyelamat. Namun, disebabkan keadaan yang sangat mencabar, termasuk atmosfera yang gelap dan suhu serendah -75 darjah Celsius (-103°F) mulai bulan Februari hingga Oktober, pesawat biasanya tidak terbang ke kawasan tersebut semasa musim sejuk kerana risiko yang berbahaya. Akan tetapi, para juruterbang tetap bertekad untuk menyelamatkan mereka—dan mereka berjaya, meskipun mereka harus menghadapi penerbangan yang amat mencabar selama dua hari.

Kisah-kisah tentang penyelamatan sering memberikan inspirasi. Namun kisah penyelamatan yang teragung adalah apabila Yesus menyelamatkan kita daripada dosa. Rasul Petrus menulis, “‘Dia menanggung dosa kita dalam tubuh-Nya sendiri di kayu salib, supaya kita mati terhadap dosa dan hidup untuk perbenaran” (1 Petrus 2:24). Dia telah menyelamatkan kita dengan memikul dosa-dosa kita di dalam tubuh-Nya. Dia memikulnya sebagai korban—korban yang Dia “menderita untuk kita” (ayat 21). Di kayu salib, Kristus menanggung “laknat hukum Taurat” (Galatia 3:13) dan menanggung kehinaan kita. Dia telah terluka supaya kita disembuhkan, dan Dia mati supaya kita dibebaskan daripada hukuman dan dosa (1 Petrus 2:24; Yesaya 53:5).

Yesus sanggup menanggung penderitaan yang paling dahysyat demi menyelamatkan kita daripada keadaan yang tiada harapan! Alangkah agungnya kasih Yesus terhadap kita!