Semasa kecil, saya sangat suka membaca kisah-kisah tentang lanun. Pengembaraan mereka betul-betul mencetuskan imaginasi saya! Kini, saya tinggal di kawasan yang pernah menjadi sarang utama bagi salah seorang lanun paling terkenal—Blackbeard (nama sebenarnya, Edward Teach). Di perairan tidak jauh dari pantai, di sinilah terdampar bangkai kapal miliknya, Queen Anne’s Revenge.
Kita mudah terpesona oleh kisah kapal karam dan pengembaraan laut dalam sejarah. Namun, rasul Paulus menulis tentang jenis ‘kapal karam’ yang sangat berbeza, ajaran yang memberi kita amaran dan nasihat. Dalam surat pertamanya kepada Timotius, Paulus menasihatkan anak rohaninya supaya “memperjuangkan perjuangan yang baik dengan iman dan hati nurani yang murni. Beberapa orang telah menolak hati nuraninya yang murni itu, dan karena itu kandaslah iman mereka,” (1 Timotius 1:18-19, TB). Apakah maksudnya “kandaslah” dalam ayat itu? Ini seperti “karam” dalam iman. Dua orang lelaki, Himeneus dan Aleksander, telah menyimpang jauh daripada iman sejati dan Paulus menyerahkan mereka kepada Iblis supaya mereka “insaf daripada mengkufuri Allah” (ayat 20). Paulus berharap mereka bertaubat, tetapi tindakan mereka membawa akibat yang serius.
Iman kita bukan sesuatu yang tidak berubah-ubah atau keluar daripada realistik; iman memerlukan usaha dan komitmen. Kita mesti aktif memupuk dan membina hubungan dengan Tuhan agar iman dan hati nurani kita terus sihat dan teguh. Mari kita bersatu dengan orang percaya yang lain, menyerahkan kehendak diri kepada pimpinan Roh Kudus, dan membenarkan Tuhan bekerja dalam hidup kita, supaya iman kita dielakkan daripada “terkandas”.