Otak adalah sangat kecil, tetapi tekanan boleh menjadikannya lebih kecil lagi. Penyelidikan terkini mendedahkan bahawa tekanan yang menjadi makin banyak boleh mengecilkan korteks prefrontal, iaitu bahagian otak yang bertanggungjawab untuk mengurus emosi, gerak hati, dan interaksi sosial kita. Pengecilan ini dikaitkan dengan kebimbangan dan kemurungan, menonjolkan kesan tekanan sepanjang hayat. Tetapi ada juga berita baik, keplastikan otak (iaitu otak boleh berubah dan belajar), membolehkan ia pulih melalui amalan yang disengajakan seperti bersenam, bermeditasi, dan membina hubungan yang bermakna.

Pemazmur dalam Mazmur 119 memahami konsep pertumbuhan dan penyembuhan selepas menghadapi tekanan dan kesusahan: “Kesusahan yang menimpaku baik bagiku kerananya aku mempelajari ketetapan-Mu.” (ayat 71). Penderitaan, walaupun menyakitkan, menjadi guru kepada pemazmur—membawa kita yang “tersesat” daripada Tuhan kepada memilih untuk “mematuhi firman-[Nya]” (ayat 67). Pemazmur mengungkapkan rasa syukur atas “ubat pahitnya” dan kebaikan Tuhan (ayat 68). Dia sedar bahawa penderitaan boleh melemahkannya, tetapi dia percaya Tuhan menggunakan pengalaman itu untuk memperbaiki dan memulihkannya (ayat 66).

Seperti otak kita, roh kita juga boleh diregangkan. Tuhan menggunakan regangan ini untuk mewujudkan pertumbuhan dan pembaharuan dalam hidup kita. Melalui firman Tuhan, doa, dan perspektif yang diilhamkan oleh Roh Kudus, Tuhan boleh menterbalikkan kesan kesusahan kita. Dia boleh menggunakan penderitaan kita untuk membantu kita bertumbuh secara rohani, dan mengubah kesakitan kita untuk menjadi matlamat hidup yang bermakna.