Kita hidup di era internet yang tidak akan lupa apa-apa—nampaknya setiap foto, hantaran, dan entri blog dapat disimpan selama-lamanya. Namun, satu enjin carian utama memperkenalkan satu ciri privasi yang membenarkan pengguna memintadata peribadi seperti nombor telefon, alamat rumah dan selebihnya dipadamkan. Walaupun ini tidak jamin akan memadam data tersebut sepenuhnya daripada internet, peluang untuk orang lain mengakses data peribadi kita telah banyak dikurangkan, malah memberikan individu rasa kawalan terhadap jejak digital mereka.
Idea untuk “membersihkan” masa lalu ini mengingatkan kita tentang kata-kata nabi dalam Yesaya 43:18-19. Tuhan berkata, “Jangan ingat-ingatkan hal-hal yang dahulu, jangan perhatikan hal-hal yang silam. Lihat, Aku hendak membuat sesuatu yang baru.” Ayat ini ditujukan kepada umat Israel ketika mereka berada dalam pembuangan di Babel—waktu mereka mengalami kesedihan yang mendalam dan kerinduan untuk pemulihan. Tuhan memerintahkan umat-Nya agar tidak terus terpaku pada kegagalan masa lalu atau keperitan dalam tahanan, tetapi menantikan pekerjaan baru yang akan dilakukan-Nya—satu permulaan baru dan lebih penting—pembebasan mereka dari Babel dan kembali ke tanah air mereka. Dia bukan sahaja “memadam” masa lalu tetapi “membuat jalan” (ayat 19), memimpin mereka menuju ke masa depan yang dipenuhi harapan dan tujuan.
Janganlah kita bertumpu pada kegagalan atau penyesalan, tetapi marilah kita percayabahawa Tuhan telah “membersihkan” dosa lalu kita, penyesalan, dan rasa malu serta—melalui pengorbanan Yesus (Ibrani 10:10)—“tidak lagi mengingat dosa kita” (Yesaya 43:25). Tuhan mendorong kita menuju ke masa depan yang disediakan-Nya.
