Gambar vintaj pada zaman Perang Dunia II, yang diambil di luar ibu pejabat Nazi sebuah bandar, membawa amaran untuk setiap kita. Dalam foto itu, seorang wanita yang berpakaian selesa sedang menyeberang jalan. Seorang lelaki berpakaian sut berjalan di lorong pejalan kaki, manakala seorang lagi sedang membaca papan buletin di sudut bangunan. Orang yang hadir di situ kelihatan tidak menyedari sepanduk besar yang tergantung di atas pintu depan ibu pejabat, yang sepanjang separuh saiz bangunan itu. Ia berbunyi, “Dengan menentang orang Yahudi, saya berjuang untuk Tuhan.”

Perbuatan jahat semacam ini adalah apa yang dilarang oleh Tuhan ketika Dia memerintahkan, “Jangan gunakan nama TUHAN, Allahmu, dengan sembarangan, kerana TUHAN akan memandang bersalah orang yang menggunakan nama-Nya dengan sembarangan” (Keluaran 20:7). Perintah ini merangkumi menyalahgunakan nama-Nya apabila kita mengutuk, atau lalai melaungkan nama Tuhan jika terhantuk jari kaki atau jari tangan tersepit. Ia juga termasuk pemutarbalikan kebenaran—menggunakan nama Tuhan sebagai penutup kejahatan.

Kita tidak sepatutnya menganggap kita melakukan pekerjaan Tuhan semata-mata kerana orang lain mengatakan kita melakukannya. Kita mesti meneliti pekerjaan kita dan apa yang dinyatakan Tuhan dalam Alkitab dengan penuh doa. Bagaimanakah kita mengetahui bahawa kita sedang melayani Dia? Mazmur 119:9 berkata, “Dengan berhati-hati menurut firman-Mu.” Tuhan yang memerintahkan kita untuk “bersungguh-sungguh dalam pengabdian kepada Tuhan” telah memberitahu kita apa pekerjaan itu dalam kitab suci-Nya (1 Korintus 15:58). Marilah kita dengarkan Dia.