
Berwaspadalah!
Selepas bertahun-tahun bergelut dan berseru dalam berdoa, Frank akhirnya berhenti tabiat minum arak. Dia percaya bahawa kejayaannya itu adalah kerana pertolongan Tuhan dalam hidupnya. Akan tetapi, dia juga membuat beberapa perubahan penting. Dia tidak lagi menyimpan arak di rumah, berhati-hati dengan tanda-tanda amaran dalam perasaan dan fikirannya, dan mengelakkan keadaan yang boleh membuatkan dia tergoda. Dia bergantung pada Tuhan dan tahu bahawa dia tidak boleh memberi peluang kepada godaan atau dosa.

Ketidakgelisahan
Dalam bukunya Generation to Generation (1985), Edwin Friedman, seorang pakar terapi keluarga dan Rabi (guru agama Yahudi) memperkenalkan konsep “ketidakgelisahan”. Kemudian dia menjelaskannya lebih lanjut dalam bukunya, A Failure of Nerve. Menurut Friedman, “Suasana zaman moden di Amerika sudah terlalu lama hidup dalam kekhuatiran yang kronik, sehingga masyarakat kita mengalami kemerosotan emosi yang toksik bagi kepimpinan yang sihat dan berpendirian tegap.” Friedman menegaskan bahawa kekhuatiran kronik seperti ini boleh merebak dalam komuniti seperti keluarga, tempat kerja, atau gereja. Bagaimanapun, Friedman juga menegaskan bahawa seorang pemimpin yang hadir dalam keadaan ketidakgelisahan, yakni secara tenang dan stabil boleh memberi kesan yang sebaliknya, pemimpin sedemikian boleh menjadi sumber kesejahteraan di tengah-tengah krisis.
Belajar Mencintai dengan Cara Tuhan
Belajar Mencintai dengan Cara Tuhan
Setiap kali Valentine’s Day diraikan, kasih sering dikaitkan dengan bunga, coklat, dan ungkapan romantik. Filem, lagu, dan media sosial pula menggambarkan cinta sebagai perasaan yang mendebarkan dan membahagiakan ketika saat mata bertentang, jantung berdegup kencang, dan dunia seakan berhenti berputar.
Namun selepas fasa manis itu berlalu, ramai mendapati bahawa hubungan tidak sentiasa indah seperti yang digambarkan. Timbul salah faham,…

Memuliakan Yesus
Semasa saya berjalan-jalan di sebuah kampus kolej komuniti, seorang wanita telah memberi saya satu sampul surat yang tertulis, “John Daniels Sr, Hari Berbuat Baik.” Wang kertas dua puluh dolar dan dua risalah dengan mesej tentang Yesus terkandung di dalam sampul surat tersebut.Setahun sebelum itu, John telah maut dilanggar kereta selepas membantu seorang gelandangan dan berkongsi kata-kata tentang kasih Kristus kepadanya. Perkataan dan perbuatan John yang bersaksi untuk Yesus telah kekal dalam ingatan wanita yang saya temui pada hari itu, bersama ahli-ahli keluarga John yang lain.

Pertukaran
Elijah telah dengan tidak sengaja mengoyak sehelai wang kertas 10 dolar semasa bermain dengan kawan-kawannya. Ayahnya tidak memarahinya, sebaliknya menawarkan dia untuk menukar wang kertas yang telah koyak itu dengan yang baharu dari dompetnya.